Monday, February 15, 2016
Anwar Selamatkan Rafizi Dari "Diliwat" Oleh Ahmad Maslan?
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mendakwa kononnya pengorbanan Datuk
Seri Anwar Ibrahim melawan UMNO-Barisan Nasional (BN) pada 1998, adalah
merupakan pemangkin perubahan landskap politik serta mempengaruhi
kehidupan banyak golongan.
Rafizi juga berkata, walaupun Anwar menyedari keputusan menentang Umno
menyebabkan beliau dan keluarga berhadapan pelbagai risiko, Anwar masih
tetap istiqamah dalam perjuangan yang dianggap untuk menegakkan
keadilan.
“Kita terhutang budi kepada Anwar dan keluarga kerana sanggup menentang
UMNO-BN kerana sekiranya beliau tidak melawan pada masa itu saya percaya
beliau sekarang tidak dipenjarakan dan boleh hidup senang.
“Keputusan Anwar membuka mata dan mengubah hidup saya. Kalau Anwar tidak
melawan mungkin saya jadi macai pada masa ini dan duduk di sebelah
Datuk Ahmad Maslan,” kata Rafizi pada Himpunan 365 #BebaskanAnwar di
hadapan Penjara Sungai Buloh di sini, pada 9 Februari lalu.
Kata Ahli Parlimen Pandan itu lagi, keputusan Anwar menentang kerajaan
selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri itu merupakan
faktor tsunami politik pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 lalu.
Didalam pilihanraya tersebut, menyaksikan pembangkang ketika itu berjaya
menguasai lima negeri di samping memperolehi sokongan majoriti rakyat
52 peratus.
Menurut Rafizi, tsunami politik pada 2008 itu turut mewujudkan ramai
wakil rakyat baru di kalangan pembangkang sama ada di peringkat Negeri
atau Parlimen.
Selepas dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar
dipenjarakan sebanyak dua kali atas fitnah salah guna kuasa mengarahkan
polis melakukan siasatan terhadap Umi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar
dan fitnah liwat II...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment