Friday, February 12, 2016
Bukankah Membazir Dan Habis Duit Rakyat Semuanya Ini.... Geng PR Nampak Tak Ni???
Cat Jalan Basikal Di Pulau Pinang Bernilai RM30 Juta Sudah Pudar Warna, Salah siapa..?? UMNO jugak ker..??
Tak sampai setahun warna sekejap sudah tukar? Inikah Laluan Basikal yang
bernilai RM30 Juta? Adakah ini kualiti projek Kerajaan Negeri Pulau
Pinang? Jahanam..., satu pembaziran wang rakyat digunakan oleh Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan sekutunya.
Lebih melucukan kerana lorong basikal itu yang dicat berwarna hijau berkongsi dengan laluan pejalan kaki.
Dengan keluasan yang sangat terhad, lorong itu sangat jelas tidak
memberikan kelebihan atau keselesaan sama ada kepada pejalan kaki atau
penunggang basikal.
Malah, perkongsian laluan itu juga boleh mengundang bahaya dan
meningkatkan risiko kemalangan kepada kedua-dua golongan pengguna
berkenaan.
Kontroversi pula kerana lorong basikal itu didakwa menelan perbelanjaan yang sangat besar iaitu sehingga RM30 juta.
Sedangkan seperti yang dibandingkan banyak pihak, kos bagi pembinaan
lorong itu yang sepanjang 12.5 kilometer di Amerika Syarikat (AS) hanya
RM6 juta.
Perbezaan kos yang amat ketara itu sekali gus menyebabkan lorong basikal
itu yang dibina di kebanyakan kawasan warisan di negeri ini diberi
jolokan lorong basikal paling mewah di dunia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment