Sunday, February 14, 2016
Husam Dirujuk Kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS
KUALA LUMPUR : Datuk Husam Musa akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin
PAS kerana membuat kritikan dan dakwaan terhadap parti, kata Timbalan
Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim berkata terdapat merit berhubung aduan yang dibuat terhadap
Husam baru-baru ini supaya beliau dipertimbangkan untuk prosiding
tatatertib.
"Selepas mengkaji daripada semua aspek, termasuk akur kepada prinsip
asasi undang-undang iaitu 'Rules Against Bias' dan 'Conflict of
Interest', maka jawatankuasa pusat melihat keperluan untuk merujuk aduan
ini kepada jawatankuasa disiplin parti agar tindakan diambil mengikut
perlembagaan PAS," katanya.
Prosiding Lembaga Disiplin akan dipengerusikan bekas Naib Presiden PAS
dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok.
"Kami meminta kerjasama jawatankuasa tertib untuk membincangkan dan
membuat keputusan mengenai kes itu secepat mungkin bagi mengelak khabar
angin dan spekulasi yang boleh menjejaskan parti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu di sini, Sabtu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu mendakwa Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang mahu membentuk kerajaan Perpaduan dengan Umno
semasa krisis menteri besar Selangor tahun lalu.
Malah, beliau turut menegur Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk
Muhammad Amar Nik Abdullah dan Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Takiyuddin
Hassan kerana gagal membawa usul itu untuk dibentangkan di Parlimen.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment