Monday, February 15, 2016

Kenapa Macam Tak Percaya Je..... PAS Perlu Tunjuk Bukti - Siti Mariah

SHAH ALAM : Ketua Wanita Parti Amanah Negara (PAN), Dr Siti Mariah Mahmud menggesa PAS mengemukakan bukti yang mendakwa ahli PAN kembali menyertai parti Islam itu.

"Individu yang didakwa itu mungkin ahli PAS, sebelum ini dia mengikut program PAN, dia buat kejutanlah masuk PAS.

"Kita mahu tahu berapa ramai ahli PAN yang didakwa kembali ke pangkuan PAS itu, kita juga mahu melihat permohonan mereka yang didakwa keluar PAN," katanya yang dipetik media.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan terdapat ahli PAN yang mahu kembali kepada PAS.

Amar yang menyambut baik perkembangan itu berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya mengumumkan secara rasmi mengenai bilangan individu terlibat.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa terdapat ahli PAN yang mahu kembali kepada PAS.

Bagaimanapun Mohd Amar memberi bayangan, mereka yang bakal kembali menyertai PAS itu adalah daripada ahli PAN Kelantan.

Mohd Amar berkata, gerak kerja sebagai pembangkang perlu bersatu walaupun secara tidak langsung dan tidak sepatutnya pembangkang menyerang antara satu sama lain.

Dalam pada itu Siti Mariah ketika mengulas lanjut perkara itu berkata, PAN tidak memaksa orang ramai menyertai parti itu.

"Kalau dia tidak mahu bersama PAN, kami lebih mempercayai kepada hak individu tersebut untuk memilih, kami juga tidak akan mengatakan kalau dia keluar PAN, dia keluar Islam atau akidahnya lari.

"Ia adalah pilihan anda, anda sudah melihat PAN macam mana, itu keputusan anda, saya merupakan individu demokratik," katanya kepada akhbar itu lagi. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment