Friday, February 12, 2016
Ku Li Nafikan Beliau Ada Buat Ucapan Di TTDI... Kerja Nak Buat FITNAH Saja !!!
Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau ada membuat sebarang ucapan di
Taman Tun Dr Ismail pada 8 Februari yang lalu seperti yang diviralkan di
media-media sosial.
"Mustahil saya akan membuat kenyataan berbau perkauman seperti itu,"
katanya. Beliau berkata sedemikian ketika ditanya mengenai saranannya
agar Perdana Menteri dipilih terus oleh rakyat kerana 82% rakyat
Malaysia terdiri daripada orang Melayu.
Beliau juga menafikan ada membuat kenyataan bahawa Petronas telah
mengeluarkan notis akan memecat 5,000 orang pekerja. "Tidak. Mungkin ada
pemberhentian tapi tidak seramai itu," tambahnya lagi.
Ditanya mengenai TPPA, Ku Li menyebut ia telah dibahaskan secara panjang
lebar di Parlimen dan disokong oleh majoriti ahli Parlimen. "Jadi sudah
tidak timbul sebarang isu lagi. Yang penting sekarang adalah bagaimana
untuk memastikan rakyat kita mendapat manfaat terbanyak dari TPPA."
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment