Tuesday, February 16, 2016

Majikan Offer Gaji Lebih Tinggi Untuk Pekerja Bangladesh

http://4.bp.blogspot.com/-8sf0ha3JGuM/VdqwAmNsclI/AAAAAAABMXg/y6g9aSOEeOc/s1600/fahmi%2Bfadzil%2Btmi.JPG
Seronok pulak bila kita membaca dan mendengar cadangan semua pihak mengenai isu pengambilan pekerja Bangladesh ini.... Ada pihak yang menyokong dan ada juga pihak yang tidak menyokong.... Yang tidak menyokong, mereka menggesa supaya kerajaan menghantar pulang pekerja-pekerja Bangladesh ini ke negara asal.

Dalam banyak-banyak cadangan yang dikemukan kepada kerajaan, kita pastinya agak tertarik dengan cadangan pemimpin PKR, Fahmi Fadzil yang mengemukakan cadangan agar kerajaan memberi gaji minimum RM1500 serta elaun sara hidup RM300 kepada anak muda untuk menceburi sektor pekerjaan yang bakal diisi pekerja Bangladesh ini.

Menurut Fahmi yang merupakan Pengarah Komunikasi parti, kerajaan tidak sepatutnya mengambil pekerja Bangladesh bagi mengisi kekosongan sektor pekerjaan yang tidak diceburi anak muda ini.

Apa yang patut dilakukan kerajaan bagi menarik anak muda menceburi sektor pekerjaan 'kotor, berat dan panas' ini ialah, dengan memberi gaji minimum seperti yang dinyatakan.

Mungkin Fahmi tidak membuat kajian lebih terperinci mengenai pembayaran gaji oleh majikan bagi sektor 'panas' ini.... Untuk pengetahuan Fahmi, permintaan gaji yang diminta beliau itu terlalu rendah jika dibandingkan dengan bayaran oleh majikan.

Gambar kertas kerja permohonan pengambilan pekerja Bangladesh oleh sebuah syarikat, membuktikan majikan dari sektor pembinaan sanggup membayar dua kali ganda dari gaji minimum RM1500 yang dicadangkan Fahmi.... Oleh demikian, cadangan yang dikemukan Fahmi itu mengarut dan tidak boleh diterima pakai.

Kesimpulannya, faktor gaji bukanlah isu utama mengapa sektor pekerjaan ini tidak diceburi anak muda, tetapi sikap 'manja' anak muda yang membuatkan bidang ini semakin ditinggalkan....

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment