Tuesday, February 16, 2016

PAS Akan Sabotaj DAP Di PRN Sarawak

http://img.astroawani.com/2015-03/81427424797_295x200.jpg
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada bulan April ini dijangka menghangatkan lagi suasana politik, apabila Pas telah mengisytihar untuk mensabatoj DAP di Sarawak dengan meletakkan calon bukan Islam di dalam PRN itu.

Tindakan Pas ini bakal memanaskan lagi hati pemimpin DAP terhadap parti Islam itu, kerana parti Cina kiasu itu sebelum ini sudah konfiden untuk memenangi PRN Sarawak selepas mereka berjaya menendang Pas dari gabungan parti pembangkang.

Seperti kita tahu, selepas DAP menyingkirkan Pas dari Pakatan, DAP terlalu yakin kononnya mereka mampu membawa pembangkang menawan beberapa negeri, sekaligus yakin menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Berbalik kepada PRN Sarawak, bukan tugas mudah buat DAP untuk menawan bumi kenyalang itu walaupun DAP telah mengidam untuk menawan negeri itu sejak dulu lagi.

DAP telah mengidam untuk menawan Sarawak sejak menyingkirkan Pas dari Pakatan, kerana DAP sering menganggap kekalahan pembangkang pada PRN Sarawak sebelum ini disebabkan mereka bersama parti Islam itu.

Bagi membuktikan tuduhan parti Cina kiasu itu, Pas telah mengisytiharkan untuk meletakkan calon bukan Islam di kerusi yang ditandingi DAP bagi membuktikan siapa yang berada dipihak yang benar.

Walaupun Pas merupakan sebuah parti Islam terbesar di negara ini, Pas tetap disokong oleh mereka yang bukan beragama Islam kerana sering menjaga kebajikan mereka yang bukan beragama Islam berbanding DAP!! Perkara ini dapat dilihat di kubu kuat Pas di negeri Kelantan.

Jika mahu dibandingkan kebajikan Pas dan DAP terhadap bukan mereka yang bukan sejenis atau satu keturunan, rasanya seperti langit dan bumi.... Kita dapat melihat sendiri bagaimana DAP menjaga kebajikan umat Melayu di Pulau Pinang.... Habis perniagaan orang Melayu dirobohkan, berbanding perniagaan kaum Cina sendiri!!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment