Monday, February 15, 2016
Satu Lagi Projek Pembaziran Kerajaan DAP Pulau Pinang!!
Sebelum ini, saya telah mendedahkan satu pembaziran dilakukan oleh
kerajaan DAP Pulau Pinang yang membina laluan berbasikal bernilai RM30
juta di negeri itu.
Dengan jumlah yang dinyatakan itu, ia jelas tidak berbaloi dengan
hasilnya apabila 'projek' terbabit hanya menumpang laluan pejalan kaki
dan menggunakan cat cap AYAM yang mudah tertanggal.
Bila dah ada laluan, sudah pasti kawasan meletak basikal ini perlu
dibina.... Kerajaan negeri dengan pantasnya telah membina sebuah tempat
meletak basikal yang 'moden' di kawasan Gurney.
Saya tidak pasti sama ada kos projek tempat meletak basikal ini dikira
sekali dengan jumlah RM30 juta untuk membina laluan basikal ataupun
tidak... Tetapi apa yang pasti, projek ini merupakan satu projek
pembaziran kerajaan negeri.
Apa yang membazirnya projek pembinaan tempat meletak basikal ini??
Bazirnya kerana pembinaan ini tidak akan digunakan oleh mana-mana
golongan berbasikal!!
Mana tidaknya, tempat meletak basikal ini tidak mempunyai 'safety'
langsung kerana pengguna terpaksa mengangkat tayar hadapan keatas, yang
berkemungkinan pengguna akan 'termakan' handle basikal.
Selain itu, pengguna juga terdedah dengan risiko kehilangan basikal
serta komponennya kerana kunci hanya disediakan di bahagian hadapan
tayar.
Jadi, jelas projek meletak basikal ini merupakan satu pembaziran negeri
walaupun tidak diketahui kosnya... Daripada kerajaan negeri membazir
membina tempat meletak basikal ini, lebih baik kerajaan negeri membina
tempat 'meletak punggung' di kawasan berkenaan yang kerap dikunjungi
orang ramai...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment