
Tuesday, February 16, 2016
Tahukah Anda .... 85 Peratus Kakitangan McDonald’s Beragama Islam !!!
Hebat seruan dan panggilan boikot yang disogok dan menjadi bahan fitnah
terhadap McDonald’s di Malaysia. Pelbagai tuduhan melulu dibuat yang
mengaitkan jenama McDonald’s Malaysia dengan konflik dan tragedi
kemanusiaan di Gaza@Palestin.
Namun mangsa sebenar dakwaan-dakwaan tersebut adalah kawan kawan kita,
pekerja serta keluarga yang menjadi bahan diskriminasi, dan juga
francaisi-francaisi McDonald’s Malaysia yang berusaha mencari rezeki.
McDonald’s Malaysia telah berkongsi maklumat ini kepada umum di
http://www.mcdonalds.my/ agar dapat memberikan pencerahan dan mendapat
keprihatinan anda.
32 tahun McDonald’s Malaysia membangun dan membesar bersama Malaysia

McDonald’s Malaysia adalah punca rezeki untuk lebih 12,000 kakitanganya,
di mana lebih daripada 85 peratus adalah beragama ISLAM. Sebanyak 67
restoran McDonald’s Malaysia dimiliki dan diusahakan oleh 27 francaisi
tempatan, yang 40 peratus sehingga 50 peratus daripada mereka adalah
berbangsa Melayu yang beragama Islam.
Di samping itu, McDonald’s Malaysia turut memberi peluang perniagaan
kepada lebih daripada 50 pembekal tempatan yang juga turut menyediakan
peluang pekerjaan kepada lebih 2,500 anak-anak tempatan. Menjelang tahun
2020 disasarkan McDonald’s Malaysia akan berkembang kepada 500 restoran
serta mewujudkan lebih 11,500 lagi peluang pekerjaan baharu dan terbuka
untuk rakyat Malaysia. Adalah jelas bahawa sebarang tindakan boikot
akan membawa kesan negatif kepada ekonomi Malaysia dan kehidupan
sebahagian daripada rakyat Malaysia.
Pembayaran royalti adalah untuk hak menjalankan perniagaan di bawah
jenama McDonald’s. Dan ia adalah perkara lazim bagi perniagaan yang
bertaraf antarabangsa.
Pembayaran royalti adalah perkara asas bagi kebanyakan pengendalian
perniagaan berjenama antarabangsa atau tempatan, dan bukanlah eksklusif
kepada McDonald’s sahaja.
Perlu diingat, McDonald’s Malaysia antara pembayar cukai korporat dan
cukai perkhidmatan dalam jumlah jutaan ringgit setiap tahun kepada
Kerajaan Malaysia. Ini menjana pendapatan negara untuk dipulangkan
kepada rakyat Malaysia juga.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment