Monday, February 15, 2016
"Warga Singapura Kecam Rakyat Malaysia Kufur Nikmat"
KUALA LUMPUR : Seorang warga Singapura mengecam tindakan rakyat Malaysia sebagai warga yang mengkufuri nikmat.
Menerusi status yang dikongsikan pemilik akaun Facebook, Abdul Rahman
Abdul Kadir, warga Singapura itu menyifatkan kemudahan yang dimiliki
rakyat Malaysia tidak sama seperti realiti yang dilalui warga Singapura
di negara mereka.
Abdul Rahman yang memulakan statusnya dengan menulis hashtag #WARGA SINGAPURA MENYERU KITA BERSYUKUR itu berkata, dia menerima status
itu daripada seorang kenalannya dari Singapura.
“Saya menerima mesej inbox dari sahabat saya seorang warga Singapura.
Beliau nyata amat hairan dengan sikap rakyat Malaysia yang kufur nikmat,
kerana di Singapura untuk hadir ke Jabatan Kecemasan hospital kerajaan
saja bayarannya adalah sebanyak $115 Sing Dollar.
“Jika ditukar kepada nilai matawang hari ini, ia adalah sebanyak RM 345.
$115 dollar ini akan hanya cover untuk Consultation, blood test biasa,
X-ray biasa (bukan CT Scan) dan ubat- ubatan biasa seperti ubat batuk,
Panadol dan sebagai sahaja. Jika perlu CT scan atau ubat2an mahal, perlu
dibuat pembayaran tambahan yg berasingan,”katanya.
Menurutnya, rakyat boleh memilih untuk pergi ke poliklinik kerajaan
Singapura yang hanya beroperasi pada waktu pejabat. Bayaran hanya untuk
consultation doktor saja adalah sebanyak $11.80 hingga $23.50 dollar.
Tak termasuk lagi bayaran utk x-ray, ujian darah, ubat-ubatan dan
sebagainya.
“Di negara kita, rakyat hanya bayar RM 1, tetapi dapat berjumpa doktor
termasuk doktor pakar seperti saya, menjalani ujian darah, dibuat X-ray
segala bagai hingga CT scan jika perlu dan dibekalkan ubat-ubatan yang
mahal-mahal hingga ada yang bernilai RM 5.6K seperti Metalyse sewaktu
serangan jantung!
“Sahabat saya warga Singapura berasa sungguh aneh dengan sikap rakyat
Malaysia yang kufur nikmat. Sudahlah murah, namun mereka mahu percuma.
Segala-galanya disalahkan kerajaan. Sembelit waktu pagi pun maki PM dan
kerajaan agaknya,”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment