Monday, November 15, 2010
Konvokesyen Tabika KEMAS Panchor 2010
.
YBhg Ustaz Nasuludin, Imam Surau An-Nur telah pun hadir membacakan doa pembukaan bagi program ini. Diikuti dengan nanyian lagu Negaraku, Tabika KEMAS dan lagu KEMAS yang dinyanyikan oleh para pelajar Tabika KEMAS Panchor.
.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan persembahan nyanyian serta tarian endang dan tarian enjit-enjit semut oleh para pelajar Tabika KEMAS Panchor.
.
Seterusnya Sdr Syamsul, Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Panchor telah tampil bagi menyampaikan alu-aluan diikuti ucapan oleh wakil KEMAS Parlimen Seremban iaitu Pn. Ismayati.
.
Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg Tuan Hj Hasan Sulan, Ketua UMNO Cawangan Panchor selaku wakil kepada YB Tuan Mustafa Salim, ADUN Lenggeng yang tidak dapat hadir.
.
Turut hadir ke majlis ini adalah Tuan Hj Safiei @ Safain Mohd Amin, Pengerusi JKKK Kg Panchor.
.
Tn Hj Hasan Sulan kemudiannya telah sudi menyampaikan cenderahati dan sijil kepada semua pelajar bagi sesi 2010 ini.
.
Tahniah diucapkan buat semua Jawatankuasa Tabika KEMAS yang telah berjaya melaksanakan program ini pada tahun ini dengan jayanya.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment