Monday, November 08, 2010
Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika KEMAS Daerah Seremban
Satu Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika KEMAS Peringkat Daerah Seremban telah diadakan pada 7 November 2010 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi. Program ini telah berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga ke jam 1.00 tengahari. Program dimulakan dengan Ceramah "Kekeluargaan" yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Norazamil bin Alias, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Selepas itu majlis diteruskan dengan perasmian Konvokesyen oleh YB Datuk Hasim Rusdi, Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Labu. Beliau juga kemudiannya menyampaikan hadiah hadiah kepada penerima sijil serta anugerah khas yang disediakan oleh KEMAS Parlimen Seremban.
.
Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang program ini berlangsung.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment