Sunday, February 13, 2011
Mesyuarat Agong Gabungan Aktiviti KEMAS 2011
Mesyuarat Agong Gabungan Aktiviti KEMAS
Kampung Panchor
Bagi Tahun 2011
.
11 Februari 2011
.
Bilik Gerakan Daya Wawasan (GDW)
.
.
Satu Mesyuarat Agong Gabungan Aktiviti KEMAS Kg. Panchor telah diadakan dengan jayanya. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mustafa Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lenggeng. Program in telah turut dihadiri oleh Tn Hj Hasan Sulan, Ketua UMNO Cawangan Panchor, En Manaf Ujang (Setiausaha JKKK) Kg Panchor, Pn Norazizi Leman (Penyelia Pra Sekolah KEMAS selaku wakil Pegawai KEMAS Daerah Seremban, Ustazah Hamidah Penyelia Unit Pendidikan Masyarakat (CPM), serta sekelian masyarakat yang berkesempatan hadir.
.
Menerusi program ini, majlis telah turut berkesempatan menyampaikan penghargaan buat keluarga Allahyarham Tn Hj Safiei Mohd Amin (Bekas Pengerusi JKKK) yang meninggal dunia baru-baru ini serta penghargaan buat En Aziz Ahmad yang pernah menjadi Pengerusi KEMAS selama beberapa tahun dan juga Pn Hjh Noriah Ibrahim yang bersara mulai tahun ini.
.
Melalui Mesyuarat Agong Tahun 2011 ini terdapat banyak muka-muka baru yang telah dilantik namun, Pengerusi Gabungan Aktiviti KEMAS iaitu Sdr Syamsul Amri Ismail, Timbalan Pengerusi En Mohd Nor Hasan, Pn Fatimah Saidan (Setiausaha) dan Pn Maimunah Ismail (Bendahari) dikekalkan tanpa sebarang perubahan.
.
Semoga KEMAS di Panchor akan beraktiviti dengan lebih rancak lagi pada tahun 2011 ini, mudah-mudahan.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment