Sunday, April 10, 2011

Pemuda UMNO Rembau membuat laporan Polis terhadap Badrul Hisham


REMBAU: 07 April – Badrul Hisham Shahrin dicabar membuktikan dakwaan beliau dalam the Malaysian Insider adalah benar. Dalam kenyataan Badrul Hisham di laman web The Malaysian Insider bahawa beliau dibekalkan oleh ahli UMNO tape video lucah YB Hj Khairy Jamaluddin pada pilihanraya 2008 dahulu adalah bersifat biadab dan berunsur fitnah.


Menurut saudara Safariladira Abdullah, penolong Setiausaha Pemuda Bahagian Rembau pada sidang akhbar setelah membuat laporan polis terhadap Badrul hisham Shahrin. Kata beliau lagi bahawa Pemuda UMNO Rembau mengutuk sekeras kerasnya kenyataan yang berunsur fitnah ini dan laporan dibuat kepada pihak berkuasa adalah untuk membersihkan nama YB Khairy Jamaluddin , Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia serta menjaga nama baik UMNO itu sendiri.


Video palsu yang pernah disiarkan oleh Badrul Hisham adalah Video yang langsung tidak berkait dengan Sdr Hj Khairy Jamaluddin .


Badrul juga ada berkata bahawa beliau ada menyimpan satu Video seks Isteri pemimpin UMNO. Ini adalah merupakan satu fitnah yang jijik untuk mengalihkan pandangan rakyat setelah Wan Azizah gagal membekalkan jam “Omega” pada sidang akhbar sebelum ini untuk membersihkan nama suaminya dalam skandal seks terbesar negara.


Pemuda Rembau mencabar Badrul Hisham untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai Video berkenaan dan jangan hanya bercakap kosong menabur fitnah dan berniat jahat.


Dipetik daripada : www.kpmu.net

No comments:

Post a Comment