February 28, 2012
Dulu pasca PRU 12 kita didendangkan dengan propaganda Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan pusat Barisan Nasional dengan projek 16 September 2008 yang akhirnya menemui kegagalan yang memalukan.
Kali ini 16 September versi Kedah turut menyaksikan penglibatan jarum politik Anwar, bezanya kali ini sasarannya melibatkan geng sendiri yang sebilik, sekatil & sebantal. Dah menghampiri kes kawan makan kawan.
Namun Anwar hanya mampu merancang, kemungkinan untuk di hambat dengan kegagalan macam dah kelihatan apabila kebangkitan puak Anwarinas tidak berjaya mempengaruhi majoriti exco untuk memboikot upacara perlantikan baru barisan exco negeri Kedah.
Pun demikian, samada benar-benar operasi memporak perandakan kepimpinan Azizan telah gagal sepenuhnya atau masih berupaya menggugat, tetap bergantung pada upacara angkat sumpah pagi hari ini.
Setakat ini 8 orang exco sudah mengesahkan kehadiran dan 5 daripadanya telah pun menyertai raptai angkat sumpah pagi semalam.
Tinggal baki 2 orang lagi exco Pas, Phahrolrazi dan Dr. Ismail masih utuh dengan pendirian memboikot kepimpinan Azizan sebagai MB dan enggan menyertai semula barisan exco negeri Kedah.
“Saya tak ada masalah dengan depa (mereka). Kalau ada orang nak pujuk, depa mau, saya terima. Saya juga tak kisah depa nak terima atau tidak tawaran sebab ada orang lain mau (mahu) jawatan ini”. – MB Kedah, Datuk Seri Azizan
Jika dulu, jawatan Timbalan Perdana Menteri di jaja ke sana ke mari kepada kebayakkan ahli parlimen BN dari Sabah & Sarawak untuk mempengaruhi mereka supaya menyertai projek 16 September 2008, mungkinkah kali ini jawatan Menteri Besar dan exco kanan jadi bahan taruhan bagi menggerakkan operasi guling & pijak Azizan?
Exco kerajaan negeri Kedah yang menentang Datuk Seri Azizan Abdul Razak dipercayai dijanjikan jawatan Menteri Besar dan Exco kanan bagi memastikan penguasaan golongan Anwarinas di dalam Pas Kedah.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari (gambar) berkata, langkah itu dilakukan bagi menjamin kelangsungan politik Anwar kerana Kerajaan Pas Kedah dilihat tidak selari dengan aspirasi perjuangan pakatan pembangkang.
Katanya, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri dilihat tidak memberi sokongan 100 peratus kepada Anwar walaupun berada di bawah satu gabungan.
Oleh itu katanya, satu gerakan diatur membabitkan kumpulan yang boleh dipercayai Anwar bagi menjatuhkan Azizan dengan mewujudkan keadaan politik tidak stabil di Kedah. – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari)
Cuma yang peliknya, kenapa agak ramai juak-juak Pas masih melihat Anwar sebagai insan maksum yang hebat visi politiknya hinggakan sampai satu peringkat mereka tidak segan silu secara terbuka mencela & memperlekehkan MB dari Pas sendiri, sedangkan suatu ketika dulu Azizan pernah dianggap sebagai ‘ulamak’ Pas.
Sejak bila agaknya juak-juak Pas dah pandai melawan & menghina ‘ulamak’ mereka sendiri yea?
Misteri nusantara sungguh dengan sikap juak-juak Pas yang bagaikan sudah mabuk & tenggelam terpesona dengan lenggok tarian propaganda Anwar yang kononnya bakal membuka jalan menuju Putrajaya.
Agaknya zaman berimamkan negara berkebajikan sekarang ini, slogan taat pada kepimpinan ‘ulamak’ sudah mencapai expired date barangkali.
Semua kenyataan politik serta larangan jangan mengutuk ‘ulamak’ & haram menentang ‘ulamak’ yang sering dipalitkan terhadap UMNO sebelum ini nampaknya sudah dibakul sampahkan oleh pemimpin & penyokong Pas demi dek kerana terpedaya dengan sinar gemilau kuasa ciptaan Anwar.
Satu demi satu pemimpin Pas pernah yang pernah diberi jolokan sebagai ‘ulamak’, kini sama ada jatuh tersungkur ataupun di hina & ditentang.
Ironik sungguh peel perangai juak-juak Pas, satu demi satu kahak & air liur dijilat kembali.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
No comments:
Post a Comment