February 29, 2012
Kontroversi penyanyi R&B, Erykah Badu yang mencacah tatu dengan nama Allah s.w.t di badan, akhirnya sampai ke penghujung apabila konsert yang sepatutnya di pentaskan hari ini telah dibatalkan.
Tahniah kita ucapkan kepada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di atas ketegasan itu.
Secara jujurnya penulis sendiri tidak mengenali siapakah Erykah Badu hinggalah gambar kontroversi penyanyi tersebut disiarkan di akhbar The Star.
A government committee that includes police and Islamic policy officials decided to forbid Badu’s show because the body art was “an insult to Islam and a very serious offense,” Information Minister Rais Yatimsaid in a statement. (Sumber: NyDailyNews)
PETALING JAYA: Kerajaan pada Selasa mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini, Rabu (esok) dibatalkan serta-merta.
Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.
“Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun, Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya menerusi sisipan Star Two, akhbar The Star, Isnin.
Konsert ‘Erykah Badu Live in KL’ itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah “Australasian” di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.
Pada Selasa, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda PAS menuntut konsert itu dibatalkan serta-merta. (Sumber: MStar Online)
Dari satu sudut, tindakan The Star yang tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam apabila menyiarkan photo tersebut memang amat kurang ajar & melampaui batas. Walaupun permohonan maaf secara terbuka telah dibuat, namun bukan sedikit yang masih terguris gara-gara tindakan tersebut.
Tambahan pula, dalam banyak-banyak gambar Erykah Badu di internet, kenapalah gambar yang bertatu dengan nama Allah s.w.t tu jugalah yang dipilihnya bagi menghiasi artikel dalam akhbar The Star. Pelik & sengaja nak mencuit kah?
Apology for Erykah Badu photo
A photograph of American singer Erykah Badu with tattoos of various symbols, including the Arabic word for Allah, was inadvertently published in Star2 today. We sincerely apologise to Muslim readers for this oversight.-The Star
Pun begitu jika diamati dari sisi lain, rasanya tak salah kalau penulis mengandaikan sekiranya photo kontroversi tersebut tidak tersiar di The Star, ada kemungkinan konsert Erykah Badu tetap berlangsung seperti dijadualkan & mungkin ramai (termasuk penulis) yang tidak tahu perihal dirinya yang bertatu dengan kalimah Allah s.w.t.
Setiap sesuatu kejadian ada baik dan buruknya, ada manfaat & mudarat, dan mungkin ada jua hikmah disebaliknya.
Sama macam kes khalwat la, sekarang kita baru tahu ada khidmat nasihat & kaunseling hingga pagi dinihari di hotel-hotel penginapan untuk isteri orang yang bermasalah dengan suami sendiri. Kalau tak berlaku tangkapan khalwat tu, mahunya kita fikir kaunseling rumahtangga hanya terhad di pejabat agama, tak gitu?
Yang penting sekarang, dengan segala desakan & bantahan khalayak umum terhadap The Star & penyanyi tersebut akhirnya mendapat perhatian kerajaan.
Kepada anggota mesyuarat Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang terdiri daripada wakil kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya, syabas diucapkan kerana prihatin mengusulkan pembatalan konsert tersebut.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
No comments:
Post a Comment