Sunday, March 01, 2015
Ada ‘BARUA’ Dalam PAS, Kata Nik Abduh
1 Mac 2015 : Terdapat golongan yang dilabelkan sebagai “barua” di kalangan ahli PAS, kata Ahli Jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
Dakwanya lagi kelompok itu lebih wala’ (taat setia) kepada Pakatan
Rakyat berbanding kepada parti Islam itu sendiri, lapor Sinar Harian
hari ini.
Beliau mendakwa kelompok itu juga cuba memisahkan pemikiran Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat.
“Lebih kurang 5 tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel
kontroversi yang bertajuk ‘Kerja-kerja bodoh dalam PAS’ sewaktu arwah
ayah saya berada di Mekah.
“Ia menjadi kecoh di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik.
“Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis ialah bagi memberi gambaran
kepada kesemua ahli PAS terhadap kewujudan usaha memisahkan golongan
ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan
fitnah ‘kerajaan perpaduan’ terhadap presiden PAS,” beliau dipetik
sebagai berkata oleh Sinar Harian.
Dipetik daripada sumber : Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment