Sunday, March 01, 2015

Luahan Sedih Nurul Ilham, Alahai Pilunya…


2 Mac 2015 : Alahai sedihnya saya mendengar rintihan anak gadis Ketua Umum PKR, Nurul Ilham Anwar yang tiba-tiba mengeluarkan ayat-ayat pilu mengenangkan bapanya yang disumbat ke penjara baru-baru ini.

Kata Nurul Ilham, ketika pertama kali Anwar di penjara, dia masih lagi kecil dan hanya berusia 11 tahun. Ketika itu dia menggigil dan bingung. Dan kali ini buat kali kedua, dia hanya terbayang ungkapan “selamat tinggal”.

Sedihkan bunyinya? Saya syorkan kepada sesiapa yang berhajat mahu mendengar rintihan anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersedia dengan tisu sekotak bagi mengesat air mata yang bakal mengalir.

Ya, benar. Ayah saya tidak pernah dipenjara. Malah saya tidak punya pengalaman pahit seperti Nurul Ilham, mahupun Nurul Izzah, Nurul Nuha dan adik-beradiknya yang lain. Pada saya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Namun itulah hakikat yang perlu diterima dengan redha oleh Nurul Ilham, khususnya apabila berbapakan seorang penjenayah seperti Anwar. Kerana jenayah yang dilakukan seorang bapa, anak-anaknya menangis kepiluan menagih simpati orang ramai.

Pada padangan saya, sepahit-pahit derita Nurul Ilham, ramai lagi anak-anak penjenayah lain yang jauh lebih pahit pengalaman hidup mereka. Malah ada yang tidak kenal bapanya gara-gara bapanya disumbat ke penjara ketika mereka masih di dalam perut!

Dengarnya penjara itu “kejam”, bukan? Tapi itulah yag perlu dibayar oleh keluarga seorang penjenayah. Undang-undang tidak mengenal sama ada individu itu ada bayi yang menunggu untuk dilahirkan atau anak yang berusia 11 tahun seperti Nurul Ilham.

Jika disahkan bersalah di mahkamah, maka terimalah hukuman atas jenayah yang dilakukan. Ianya seperti qisas di dalam Islam. Jika terbukti bersalah mencuri, tangan penjenayah itu tetap akan dipotong meskipun dia Fatimah binti Muhammad SAW, bukan?

Jadi kepada Nurul Ilham, belajar-belajarlah menerima kenyataan bahawa bapanya terbukti seorang penjenayah yang telah meliwat seorang pembantu peribadinya. Jika dilepaskan kerana simpati pada Nurul Ilham, di mana pula keadilan buat mangsa liwat bapanya, bukan?

nurul ilham
Sekiranya abang Nurul Ilham, Ehsan, diliwat oleh seseorang dan kes berkenaan di bawa ke muka pengadilan. Jika undang-undang melepaskan peliwat yang meliwat Ehsan, apa perasaan Nurul Ilham agaknya, kan?

Nurul Ilham perlu belajar berdikari. Belajar untuk hidup selama 5 tahun tanpa bapanya. Rasanya itu sudah cukup bagus untuk kehilangan bapanya untuk 5 tahun. Ramai lagi anak gadis yang hilang bapa mereka untuk seumur hidup, bukan? Jadi, belajarlah bersyukur.

Seperkara lagi, tidak perlulah menagih simpati pada orang ramai sebagai taktik mahu Yang DiPertuan Agong mengampunkan Anwar kerana perkara sebegitu meskipun berhak dibuat, namun ia sangat memalukan.

Bukan apa. Ramai lagi yang lebih layak diampun berbanding Anwar. Ramai lagi banduan yang sudah berpuluh tahun berada di penjara dan sudah insaf mahukan pengampunan, tapi tidaklah mengada-ngada seperti keluarga Anwar, kan?

Lagipun, saya percaya keluarga Anwar mampu hidup tujuh keturunan lagi walaupun ketua keluarga mereka itu meninggal dunia sekali pun. Duit dan harta yang ditinggalkan mampu menyara mereka sampai mati. Ramai lagi yang ditinggalkan bapa dalam keadaan papa.

Justeru itu, sudah-sudahlah menagih simpati dan mengadu domba pada media. Nanti orang bosan nak dengar, kan? Lebih baik Nurul Ilham doa banyak-banyak pada Allah SWT. Itu lebih membantu rasanya. Wallahu’alam.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment