Sunday, March 01, 2015

Naik 25 Sen Nampak, Turun 60 Sen, Buat-Buat Buta


Minyak-naik-harga

2 Mac 2015 : WALAUPUN tidak seriuh mana, tapi ada juga yang memekak bila kerajaan umum kenaikan harga minyak sebanyak 25 sen/liter untuk bulan Mac.  Masa minyak diturunkan kerajan sehingga 60 sen banyaknya dari Disember hingga Februari, tidak pulak dengar puak-puak ini memekak.

Cuma yang sedikit lega, tidak ada lagi pihak yang mengaitkan kenaikan terbaru ini dengan harga barang dan perkhidmatan, tak seperti kenaikan-kenaikan sebelum ini.  Pada penulis, ini satu kejayaan mengubah persepsi rakyat Malaysia yang tertipu dengan dakwaan pembangkang kononnya penurunan harga minyak adalah ibu kepada segala penurunan.

Jadi adalah masuk akal bila kempen menurunkan harga barang dilaksanakan pada bulan Mac ini (walaupun setelah minyak naik 25 sen/liter) kerana sudah terbukti turun naik harga barang tidak mempunyai implikasi langsung kepada harga barangan.  Kalau ada implikasi, baik masa minyak turun dengan banyaknya dulu,harga barangan ikut turun, tapi tak jadi macam itu pun.

Propaganda pembangkang sahaja yang mengatakan turun naik harga minyak ada kaitan dengan turun naik harga barang, realitinya tidak begitu dan teori itu sudah terbukti kini.

Nampaknya pembangkang kena cari idea lain bagaimana untuk menipu rakyat selepas ini. Cerita turun minyak untuk turunkan kos sara hidup ini, walaupun satu penipuan tapi telah berjaya meletakkan ramai orang tidak layak menjadi wakil rakyat di Parlimen mahupun DUN.

Dengan teori tipu itu dapat dipatahkan kini, pembangkang kena kerja keras untuk cari akal baru bagaimana nak menipu lagi rakyat di masa depan.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment