Sunday, March 01, 2015
Hanya Tanya, Rosmah Tidak Bayar RM1,200
2 Mac 2015 : Isteri perdana menteri tidak menggunakan khidmat
dandanan rambut RM1,200 tetapi hanya bertanyakan harga daripada penyedia
khidmat tersebut, jelas Datuk Ahmad Maslan.
Datin Seri Rosmah Mansor hanya merungut tentang harga tersebut
selepas penyedia khidmat rumah ke rumah meletakkan harga setinggi itu,
kata timbalan menteri kewangan.
“Beliau berkata hendak cat rambut, mereka datang ke rumah dan harga ditawarkan RM1,200, beliau berkata ‘amboi mahalnya’.
“Bukan beliau bayar, beliau merungut kenapa mahal sangat. Itu maksudnya,” kata Ahmad di Cyberjaya hari ini.
“Saya ada di majlis (bersama Rosmah) itu, tetapi telah diputar menjadi negatif. Hasrat Rosmah asalnya positif.”
Di majlis penerangan cukai barangan dan perhidmatan (GST) kepada
anggota persatuan isteri-isteri menteri dan timbalan menteri BAKTI
minggu lepas, Ahmad menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan menyiasat rungutan tersebut.
Kenyataan Rosmah dan gesaan Ahmad itu kemudiannya mendapat kecaman banyak pihak, khususnya pembangkang dan pengguna Internet.
Dipetik daripada sumber : Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment