Monday, March 02, 2015
Dah Kenapa Pulak Anwar Dengan P Ramlee?
2 Mac 2015 : MEMANG
kelakar jadinya bila keluarga Anwar, tanpa pakar putar belit strategi
parti itu(rata-ata pro Azmin), mengendalikan kempen membebaskan Anwar.
Lepas cerita nak minum teh tarik dengan Agung kelmarin mengisi
kekosongan yang ditinggalkan rancangan Maharaja Lawak, sekarang cerita
minat Anwar terhadap P Ramlee pulak yang dinaikkan ke atas.
Sepanjang penulis melayan bodoh Anwar,
babit P Ramlee ini adalah yang pertama kali, tapi tak mengejutkan
kerana memang biasa untuk orang terdesak mencari sekutu dari nama-nama
terkenal untuk mempercepatkan populariti, waima yang dah lama meninggal
dunia.
Ya, ini cerita terdesak dan nak cepat dapat perhatian.
Nama P Ramlee ini tak payah kempen
apa-apa, semua orang tahu dan inilah pendekatan yang Anwar gunakan
nampaknya untuk tarik perhatian rakyat terhadap dia yang kebelakangan
ini makin berkurangan.
Pun begitu, kalau dikatakan Anwar
mencontohi P Ramlee sekalipun, maka tak hairan kenapa banyak adegan yang
jadi babak lakonan dalam filem P Ramlee, turut menjadi babak sebenar
dalam karier politik Anwar.
Kerajaan bawah pokok di Perak dulu, tunggang langgang macam filem keluarga 69, antara yang boleh disebutkan.
Begitupun pada pendapat penulis, cara
paling pantas untuk Anwar menggunakan populariti P Ramle untuk
kepentingan peribadi dan politikya ialah dengan Anwar itu sendiri
menggunakan awalan ‘P’ pada pangkal namanya juga – P Anwar.
Cuma, sementara ‘P’ pada P Ramlee merujuk
kepada pengarah, penyanyi, pelakon dan sebagainya, P pada Anwar (kalau
dia bersetuju menggunakannya) membawa maksud….semua orang tahulah,
penulis tak payah jelas benda yang dah terang.
Yang penting, ini adalah satu lagi kenyataan yang wajib digelakkan.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment