Monday, March 02, 2015
Siapa Biaya Keluarga Sirul ke Australia, Atas Tujuan Apa?
2 Mac 2015 : Bekas
anggota polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh
Altantuya Shaariibuu sepatutnya berada dalam penjara Malaysia. Namun
beliau melarikan diri ke Australia dan sekarang berada di bawah tahanan
imigresen negara tersebut.
Sekarang ini Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar sedang sibuk
mengaturkan pertemuan sirul dengan ibunya Piah Ahmad di Sydney.
Malaysiakini.com memetik kenyataan Bendahari PAS Asmuni Awi, yang turut
mengikuti rombongan itu, bahawa pertemuan itu akan berlangsung di pusat
tahanan imigresen di Villawood, dekat Sydney.
“Kami sudah mendaftar masuk ke hotel dan dijadual bertemu Sirul
esok,” kata Asmuni, yang bertindak sebagai peguam Mahfuz, kepada
Malaysiakini melalui SMS.
Asmuni berkata mereka sampai ke Sydney kira-kira jam 11,30 pagi (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas penerbangan panjang.
Sirul pada 13 Januari lalu diputuskan bersalah membunuh Altantuya
bersama Azilah Hadri. Mereka dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah
Persekutuan.
Sirul tidak dapat dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia kerana
undang-undang Australia tidak membenarkan seseorang yang berdepan
hukuman mati diekstradisi ke negara hukuman disabitkan.
Persoalannya siapakah yang membiayai rombongan ini ke Australia.
Apakah ia dibiayai oleh Pas atau badan bukan kerajaan tertentu? Mengenai
Mahfuz Omar agak mustahil ahli Parlimen Pokok Sena ini mengeluarkan
wang sendiri.
Mengapakah mereka mahu membiayai kos leawatan pimpinan Pas dan
keluarga Sirul ke Sydney jika tiada kepentingan politik atau motif
perniagaan? Setakat ini tidak ada seorang pun pemimpin Pas berani
mengatakan Sirul tidak bersalah kerana mereka tahu fakta kes bahawa
Sirul adalah seorang pembunuh.
Justeru kita lihat setiap titik perjuangan Mahfuz Omar ialah ke arah
mahu Sirul mendedahkan siapa yang mengarahkan beliau membunuh Altantuya.
Mengapa Mahfuz begitu berazam memainkan isu ini? Kerana mereka mahu
mengaitkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak sebagai dalang di sebalik
pembunuhan ini.
Sirul tidak akan menunding jari kepada Mohd Najib Razak kerana beliau
tidak pernah mendapat arahan daripada Mohd Najib. Mohd Najib sendiri
tiada sebab untuk mengarahkan Sirul kerana masalah Altantuya ialah
dengan Razak Baginda bukannya dengan Mohd Najib.
Ini semua sandiwara untuk menjatuhkan air muka Mohd Najib Razak.
Mahfuz tahu Sirul tidak maksudkan Mohd Najib namun sandiwara ini
dipentaskan untuk memberi gambaran kepada sebahagian rakyat seolah-olah
Mohd Najib terbabit.
Tidak mustahil tujuan membawa keluarga Sirul berjumpa dengannya
adalah untuk memujuk Sirul menuduh Perdana Menteri atau
sekurang-kurangnya mengungkapkan ugutan mahu mendedahkan dalang di
sebalik pembunuhan tersebut secara samar-samar.
Ini akan meneruskan
“Character assassination” ke atas Mohd Najib.
Itu tujuan Mahfuz yang kita tahu hanya “si bodoh” seperti beliau sahaja sanggup membiarkan dirinya diketawa satu Malaysia.
Namun siapa yang membiayai “si bodoh” ini merupakan satu misteri
lagi. Selain daripada Anwar Ibrahim mahu menghilangkan fokus kepada
kesnya, tidak mustahil serangan ini turut dilakukan sebagai persediaan
menjelang Perhimpunan Agung UMNO tahun hadapan.
Beberapa tahun lalu, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan serangan dan usaha merosakkan imej Mohd Najib Razak dalam kes Altantuya dibiayai oleh kumpulan tertentu yang mahu menghalang Najib menjadi Perdana Menteri?
Apakah kumpulan ini masih berfungsi dalam mengatur sesuatu menjelang pemilihan akan datang?
Jika benar, yang untung ialah Mahfuz, dari Anwar Ibrahim pun dapat
dari musuh Najib dalam UMNO pun dapat. Nampak bodoh pun tidak mengapa
asal “masyuk”.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment