Monday, March 02, 2015
Saman PM Diperlekehkan, Hukuman Penjara Anwar Dipersoalkan
2 Mac 2015 : Beberapa tahun yang lepas, pihak pakatan rakyat dengan
angkuhnya telah melancarkan bermacam-macam fitnah terhadap Perdana
Menteri kita Datuk Seri Najib dan keluarga beliau. Rakyat telah lama
mendesak PM mengambil tindakan yang tegas terhadap pakatan rakyat
seperti saman dan sebagainya.
Sebelum
ini Utusan Online melaporkan, PM bakal menyaman portal Harakahdaily .
Ianya berikutan dengan tindakan Harakahdaily memfitnah PM dan Riza dalam
isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui satu artikel bertajuk
“Dana 1MDB biaya syarikat filem Riza Aziz (Bhg 2)’ diterbitkan pada 19
Februari.
Tindakan
yang mempersoalkan sama ada Riza mendapat manfaat daripada 1MDB
merupakan satu “fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih
daripada sekadar pembohongan”. PM telah mengarahkan agar peguam beliau
mengambil tindakan undang-undang yang menuntut HarakahDaily menarik
balik artikel tersebut.
Pakatan
rakyat telah memperlekehkan PM kita kononnya PM tidak akan berani
menyaman Harakah kerana beliau tidak akan sanggup “mendedahkan” dirinya
di mahkamah. Mereka mengambil contoh surat ugutan menyaman portal
Malaysiakini dan dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) – Rafizi Ramli
(Pandan) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara) oleh Datuk Seri Najib yang
tidak dilaksanakan sehingga kini. Bagi pakatan rakyat, surat yang pernah
dihantar kepada kepada Malaysiakini, Rafizi dan Pua hanya sekadar nota
tuntutan sahaja.
Mungkin
sudah sampai masanya, pakatan rakyat “diajar” secukupnya atas kebiadapan
mereka. Sikap tolak ansur yang telah ditunjukkan oleh PM kita langsung
tidak dihargai. Malahan Rafizi turut mencabar PM menyaman beliau
terlebih dahulu sebelum menyaman pihak lain memandangkan beliau juga
pernah menerima “surat ugutan” begitu sebelum ini.
Pakatan rakyat dilihat turut menghasut agar lebih ramai pihak mengkritik PM dengan “momokan” jangan takut dengan “ugutan saman”.
Oleh itu
tidak hairanlah apabila Pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob telah
mengeluarkan kenyataan dengan angkuh bersedia berjumpa Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak di mahkamah ekoran “fitnah” beliau yang disiarkan
Harakahdaily bulan lepas walaupun telah menerima surat saman dari PM.
Persoalannya,
mengapakan begitu biadap sekali pakatan rakyat apabila ianya melibatkan
mahkamah? Adakah kerana mereka menguasai Majlis Peguam maka mereka
dengan penuh keyakinan kemenangan ditangan mereka? Mungkin pihak SPRM
perlu menjalankan siasatan terperinci terhadap para hakim dan
pendakwaraya.
Rakyat
tertanya-tanya kenapa pula pakatan rakyat “double standard” dalam kes
Liwat II Anwar Ibrahim. Mereka menuduh sistem kehakiman dengan
bermacam-macam fitnah. Maksudnya mereka hanya percaya kepada mahkamah
dalam kes-kes terpilih sahaja. Dalam perkara ini sebenarnya pakatan
rakyat telah terperangkap dalam permainan kotor mereka sendiri.
Fikir-fikirkanlah.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment