Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas
Sunday, March 01, 2015
PAS Akui Hadapi Ancaman Dari Dalam
1 Mac 2015 : Pas mengakui terpaksa menghadapi pelbagai cabaran
termasuk berdepan dengan kewujudan kumpulan-kumpulan tertentu di dalam
parti itu sehingga mengancam asas perjuangan mereka.
Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki
berkata, kumpulan yang wujud di dalam Pas sekarang ini bukan sahaja
menongkah arus, malah berani mewujudkan gerakan untuk menjatuhkan
Presiden iaitu perkara yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
Katanya, sejak tahun 1998, Pas menjadi parti yang begitu terbuka
menyebabkan kemasukan banyak kumpulan dari luar dan golongan itu
membentuk pasukan dalam Pas.
“Sebelum itu (1998) budaya ‘team’ tidak ada dalam Pas tetapi ‘team’
ini muncul selepas itu (1998) dan sekarang ini menjadi semakin
membarah,” katanya ketika menjadi panel program Wacana Ilmu: Pas
Semalam, Hari Ini dan Esok di Dewan Purnama di Pejabat Pas Pengkalan
Chepa di sini malam tadi.
Dua lagi ahli panel wacana anjuran Dewan Ulama Pas negeri itu ialah
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Riduan Mohamad Nor dan Setiausaha
Politik Presiden Pas, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Baru-baru ini, Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim
mendedahkan tentang komplot terancang yang dipercayai didalangi
sekumpulan pemimpin kanan Pas dengan matlamat untuk menjatuhkan
Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan ulama.
Beliau mendakwa, komplot jahat yang digerakkan oleh Pengarah Pilihan
Raya Pas, Dr. Mohd. Hatta Ramli itu bertujuan menyusun dan merancang
untuk menguasai parti itu.
Sementara itu Mohd. Zuhdi berkata, kumpulan berkenaan akhirnya nanti pasti akan keluar daripada Pas dan membentuk parti baharu.
“Saya yakin selepas Muktamar Pas nanti akan berlaku dalam Pas iaitu
akan ada dua kumpulan dengan satu daripadanya akan berpecah daripada Pas
dan tubuh parti baharu, itulah penyelesaian yang akan menyebabkan Pas
kembali kepada suasana harmoni,” katanya.
Selain itu Mohd. Zuhdi berkata, selain menghadapi masalah dalaman,
Pas juga terpaksa berdepan satu lagi cabaran besar apabila rakan sekutu
mereka di dalam pakatan pembangkang telah mula menunjukkan ‘wajah
sebenar’ dengan menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
“Kita perlu hadapi cabaran itu dengan jiwa besar iaitu masih melihat
ada ruang untuk perkukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR (Parti Keadilan
Rakyat) tetapi dengan harapan DAP dan PKR faham susur galur pembentukan
masyarakat dan negara Malaysia,” katanya
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment