Sunday, March 08, 2015

PASMA-Budaya Guling Presiden Bukan Budaya Pas?

8 Mac 2015 : Kenyataan Presiden PASMA, Dato Ir Phahrolrazi menyifatkan tindakkan mengulingkan Presiden bukan budaya Pas seperti cuba menutup kesalahan sendiri.

“Ini bukan budaya dalam Pas. Isu menggulingkan pimpinan tidak pernah berlaku. Apa yang disebutkan (guling Abdul Hadi) sekarang adalah perkara luar biasa. Kata Phahrolrazi dipetik dari Sinar Online.

Kenyataan Phahrolrazi seolah-olah beliau lupa insiden mahu mengulingkan bekas Pesuruhjaya Pas Kedah Allahyarham Ustaz Azizan pada tahun 2012.

Ketika itu seluruh ahli Pas di Kedah khususnya berang dengan tindakkan Phahrolrazi dan beberapa lagi EXCO PAS mengetuai jentera mahu menjatuhkan Arwah Ustaz Azizan, sehingga PAS pusat terpaksa menubuhkan satu jawatankuasa khas iaitu “PEMANDU” dimana pentadbiran negeri dikawal oleh jawatankuasa yang dipimpin oleh Pas pusat.

Bayangkan Kerajaan negeri Kedah ketika itu ditadbir oleh arwah Ustaz Azizan, tiba-tiba saja beliau mahu digulingkan sendiri oleh Phahrolrazi dan EXCO kanan yang lain.

Kejadian itu menyebabkan penulis sangat mengenali watak Phahrolrazi. Beliau juga orang kanan Mohamad Sabu di Kedah dan segala tindak tanduk Phahrolrazi tidak ubah seperti pergerakan Mohamad Sabu.

Jadi Penulis yakin bahawa kenyataan Phahrolrazi ini hanya untuk menutup perancangan mereka mahu menjatuhkan Hadi Awang.

Gerakan-gerakan kumpulan PASMA ini lebih menumpu kepada serangan kepada kumpulan UG.

Mereka yang menjadi ahli PASMA sekarang bukan datangnya dari golongan ulama atau berlatarbelakangkan pendidikan Islam.Sebaliknya mereka ini terdiri dari golongan aktivis dan profesional yang mahu merebut jawatan tertinggi dalam pimpinan Pas pusat.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment