Sunday, March 08, 2015
Banduan Tidak Berjaya Bersidang Di Parlimen
8 Mac 2015 : Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadiri
persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula minggu depan tidak
tercapai apabila Jabatan Penjara telah menolak permohonan itu.
Penulis juga sebenarnya menanti keputusan Jabatan Penjara mengenai
permohonan Anwar Ibrahim untuk hadiri Persidangan Dewan Rakyat ini
kerana jika diluluskan ia menjadi sejarah negara apabila membenarkan
seorang yang bergelar ‘ banduan’ boleh hadiri Sidang Dewan Rakyat.
Pada 24 Februari lalu, keluarga Anwar telah menghantar petisyen
kepada Lembaga pengampunan bagi memohon pengampunan Yang Di-Pertuan
Agong selepas Anwar dipenjara 5 tahun akibat kesalahan meliwat pembantu
khasnya iaitu Saiful Bukhari Azlan.
Menurut kenyataan Jabatan Penjara, antara faktor penolakan pemohonan
adalah kerana Anwar tertakluk kepada akta,peraturan dan prosedur
penjara.
Penulis sendiri melihat Anwar melalui peguam-peguam dan keluarganya
selalu mahu mencabar undang-undang Negara dan sedaya upaya mencari jalan
untuk melepaskan diri termasuk membuat petisyen permohonan pengampunan
daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Sebagai contohnya jika Lembaga Pengampunan telah meluluskan
permohonan Anwar maka undang-undang Negara dilihat terlalu rapuh
walaupun hukuman penjara telah dijatuhkan oleh mahkamah dan tidak
mustahil ramai lagi banduan akan membuat perkara yang sama walaupun kita
ketahui selama ini hanya banduan yang dihukum mati sahaja memohon untuk
mendapatkan pengampunan.
Dalam kes ini, Jabatan Penjara dengan tegas telah menolak permohonan
Anwar dan sebagai rakyat Malaysia yang mahukan undang-undang
diperkuatkan, Penulis mengucapkan tahniah kepada Jabatan Penjara.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment