Sunday, March 08, 2015
Audit 1MDB Bukti PM Berani Berdepan Fitnah PR
8 Mac 2015 : Beberapa hari lepas Perdana Menteri Datuk Seri
najib Tun Razak, telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk membuat
audit terhadap akaun 1 Malaysia Development Bdh (1MDB) secara bebas dan
telus serta menghantar laporan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).
“ Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuat-kuasakan tanpa pengecualian,” kata Perdana menteri.
Perdana Menteri telah memanggil 1MDB dan juruaudit mereka, Deloitte
mengadap Kabinet bagi mendengar laporan media baru-baru ini mengenai
1MDB. Setelah selesai pertemuan itu, Kabinet telah berpuas hati dan
melahirkan keyakinan bahawa tidak terdapat sebarang salah laku dalam
Syarikat Pembangunan Strategik milik penuh kerajaan itu.
Semasa pertemuan itu 1MDB telah menjelaskan semua pertanyaan yang
diajukan oleh Menteri-menteri Kabinet, termasuk dari Perdana Menteri dan
Timbalan Perdana Menteri sendiri.
Walaupun sudah memberi penjelasan dan kabinet berpuas hati, namun
Perdana Menteri telah memanggil Ketua Audit Negara bagi memeriksa akaun
1MDB untuk langkah seterusnya.
Dakwaan Pembangkang terhadap 1MDB baru-baru ini adalah berkaitan transaksi pihak ketiga seperti PetroSaudi, bukannya 1MDB .
Bagi penulis ia adalah langkah berani Perdana Menteri bagi menjawab
tuduhan bermotif politik dari Pihak pembangkang. Pihak pembangkang
dilihat cuba untuk melemahkan 1MDB dengan melemparkan pelbagai tuduhan
yang tidak benar dan tidak
berasas sama sekali.
Apa yang diarahkan Perdana Menteri ini sangat baik, kerana FITNAH
Pembangkang terlalu teruk dan jijik dan jika membiarkan mereka terus
menjaja cerita tidak betul mengenai 1MDB, tidak mustahil rakyat
terpengaruh dan mula menyalahkan kerajaan sedangkan perkara sebenar
ditutp oleh pihak pembangkang.
Penulis mahu saja bertepuk tangan apabila langkah bijak Perdana Menteri telah membongkar pembohogan dari Pembangkang.
Tahniah Atas Keberanian Datuk Seri Najib Tun Razak
Disediakan oleh : Aril Farhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment