Wednesday, June 24, 2015

1MDB: Siasatan Awal Bekas Kakitangan Petrosaudi Bukti E-mel Bocor Telah Dipinda


24 Jun 2015, Kuala Lumpur : 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjelaskan siasatan awal ke atas bekas kakitangan PetroSaudi yang ditahan kerana cubaan peras ugut berkaitan e-mel maklumat milik PetroSaudi menunjukkan sebahagian daripada e-mel yang didakwa telah bocor itu telah dipinda.

Dalam satu kenyataan di sini, 1MDB berkata, ia yakin pihak berkuasa akan menyiasat secara terperinci, mengumpul fakta dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.

“1MDB juga berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan mereka ke atas perkara ini,” katanya.

Xavier Justo ditahan di kepulauan Thai semalam dan dihantar ke ibu negara Bangkok pada malam ini.

“Justo telah ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Diraja Thai Polis semalam dan didakwa atas cubaan memeras ugut PetroSaudi International (PetroSaudi).

Dipetik daripada sumber : Awani

KUALA LUMPUR 23 June 2015. Polis Thailand menahan seorang bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) daripada PetroSaudi International yang membocorkan maklumat berkaitan syarikat bermasalah 1Malaysia Development Bhd. Xavier Justo ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Diraja Thai semalam dan didakwa cuba memeras ugut serta tuduhan melakukan ugutan terhadap PetroSaudi International. NSTP/ Email
KUALA LUMPUR 23 June 2015 : Polis Thailand menahan seorang bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) daripada PetroSaudi International yang membocorkan maklumat berkaitan syarikat bermasalah 1Malaysia Development Bhd. Xavier Justo ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Diraja Thai semalam dan didakwa cuba memeras ugut serta tuduhan melakukan ugutan terhadap PetroSaudi International. NSTP/ Email

No comments:

Post a Comment