Sunday, June 28, 2015
Apa kelebihan Pada Nizar Sehingga DAP mahunya Lagi?
25 Jun 2015, Ipoh : DAP Perak bersetuju mengekalkan Adun Changkat Jering,
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas sebagai Ketua Pembangkang
Dun Perak biarpun gabungan PR telah berakhir.
Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara
dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa DAP Negeri, baru-baru ini dengan
alasan Mohammad Nizar mempunyai kewibawaan untuk terus mengetuai
pembangkang di Dun Perak.
Menurutnya, walaupun DAP memiliki majoriti kerusi Dun pembangkang,
mereka masih menaruh kepercayaan kepada wakil Pas itu biarpun hubungan
kini telah berubah.
“Kalau dilihat kepada keadaan semasa, saya sepatutnya jadi Ketua
Pembangkang di Dun Perak. Namun, atas semangat setia kawan dan mahu
membantu kawan dalam kesusahan, kita kekalkan Mohammad Nizar.
“Mohammad Nizar mempunyai rekod yang baik sebagai ketua pembangkang.
Jadi tiada isu jika dia terus mengetuai pakatan pembangkang di Perak,”
katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kor Ming berkata, biarpun keputusan dibuat Pas dalam Muktamar Tahunan
lalu untuk memutuskan kerjasama dengan DAP memberi kesan terhadap
hubungan kerjasama PR, ia tidak pun merosakkan hubungan setia kawan
sesama ahli parti.
"Kita telah maklumkan kepada DAP Pusat mengenai keputusan ini. Ia
dibuat bersandarkan kapasiti beliau sebagai Adun dan tiada kaitan dengan
parti yang diwakili," katanya.
Kor Ming memberitahu, secara peribadi DAP Perak juga masih mempunyai
hubungan baik dengan ahli Pas di negeri ini termasuk dengan
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria.
“Kita masih jaga hubungan silaturahim dengan ahli-ahli Pas Perak dan
harap hubungan ini terus berkekalan biarpun kami bukan lagi dalam satu
pakatan," katanya.
Untuk rekod, pembangkang di Perak mempunyai 28 kerusi iaitu 18
daripadanya milik DAP manakala Pas dan PKR masing-masing lima kerusi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment