Sunday, June 28, 2015
SPRM Tahan Tiga Anggota Polis Kes Terima Rasuah....Rasakanlah Nak Kaya Cepat
Shah Alam : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor
menahan reman tiga anggota polis Klang Utara dan Klang Selatan hari ini
bagi membantu siasatan kes menerima rasuah daripada seorang kontraktor
bergelar Datuk.
Ketiga-tiga mereka ditahan di pekarangan sebuah restoran di Jalan Limau Gedung, Klang.
Mereka dipercayai menerima rasuah RM12,000 sebagai dorongan melepaskan enam warga China yang ditahan.
Daripada tiga anggota polis itu seorang berpangkat sarjan dan dua lagi lans koperal.
Seorang daripada mereka adalah wanita. Mereka berusia antara 27 dan 57 tahun.
"Dua lelaki dan seorang perempuan anggota polis dan enam perempuan warga
China kerana dipercayai terlibat dalam kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," kata sumber kepada Sinar Harian
Online.
Difahamkan, keenam-enam warga China itu sepatutnya dihantar ke Jabatan
Imigresen Shah Alam tetapi diserahkan kepada pengadu yang mendakwa
diminta menyerahkan RM12,000 bagi melepaskan mereka.
Dipercayai tindakan diambil adalah untuk memenuhi permintaan seorang lelaki Cina bergelar datuk.
"Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan mereka ditahan reman antara
satu hingga dua hari," kata sumber yang turut memberitahu siasatan
lanjut akan dijalankan oleh SPRM Selangor.
Enam wanita China itu ditahan dalam satu operasi di pusat hiburan di Klang.
Dipetik daripada sumber : PemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment