Friday, June 12, 2015

Arul Nafi Dakwaan Tony Pua

12 Jun 2015, Kuala Lumpur : 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) hari ini menafikan dakwaan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang menyatakan lembaga pengarah syarikat berkenaan serta Kementerian Kewangan enggan membenarkan Deloitte & Co (Deloitte) menja­lankan peng­auditan terhadap syarikat itu.
http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Business/2015/01/08/arul1MDBstrategyb1.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Presiden dan Pe­nga­rah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy (gambar) berkata, dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu yang mengaitkan firma audit antarabangsa tersebut adalah tidak betul dan tidak benar.

“Lembaga Pengarah dan Pengurusan 1MDB telah bertemu Deloitte seawal Februari 2015 untuk membincangkan pengauditan dimulakan selepas akhir tahun kewangan 31 Mac 2015.

“Malah, pengauditan anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy Berhad telah pun bermula dan sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan hari ini sebagai mengulas dakwaan Tony yang disiarkan dalam sebuah portal pembangkang.

Menurut Arul Kanda, 1MDB pada ketika ini menjalani penilaian dan siasatan akaun yang dilakukan oleh Jabatan Audit Negara.

“Kita memberi fokus kepada pengurusan masa memandangkan masyarakat umum melihat kepentingan untuk penilaian tersebut diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Ujarnya, dialog dari semasa ke semasa dikekalkan antara Lembaga Pengarah 1MDB dengan Deloitte berhubung proses pengauditan dan sebarang perkembangan akan diumumkan apabila bersesuaian.

Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment