Sunday, June 28, 2015
Awas Jika Ada Yang Bercerita Tentang Mimpi Bertemu Nabi Muhammad
Individu yang mendakwa bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW adalah sebenarnya tertipu dengan mainan mimpi mereka sendiri.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi catatan
terbaharu di laman Facebooknya berkata, kebanyakkan mereka yang mendakwa
menemui Rasulullah melalui mimpi mempunyai tujuan tertentu.
Malah ujarnya yang lebih dikenali sebagai Dr Maza, golongan ini sebenarnya lebih kepada bersifat riak atau mahu menunjuk-nunjuk.
“Padahal mereka lupa, riak adalah penyakit dari suntikan syaitan dan
mereka telah jatuh ke dalam perangkap syaitan,” katanya dalam entri
tersebut, semalam.
Tambahnya, tujuan golongan ini mendakwa sedemikian kebiasaannya untuk
menambah pengaruh diri, mengumpul harta orang lain untuk diri sendiri,
menyokong puak ataupun aliran tertentu dan juga untuk tujuan politik
kepartian.
“Bukan sedikit dalam sejarah golongan yang menyeleweng menggunakan
dakwaan sebegini untuk menaikkan diri sendiri dan menyokong aliran yang
mereka dokongi,” jelasnya.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mokhtar Senik mendakwa
kononnya beliau berpuluh kali bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW dan
sahabat baginda Umar Al-Khattab ketika ditahan dibawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahan Kamunting.
Perkongsian Mokhtar di laman Facebooknya itu menjadi ‘viral’ dan mengundang cemuhan pelbagai pihak.
Mokhtar antara lain menyatakan antara hiburan Allah kepada mereka yang berada dalam tahanan adalah mimpi-mimpi yang indah.
Dipetik daripada sumber : PemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment