Sunday, June 28, 2015
Singkirkan Tony Pua Dan Rafizi Dari PAC...Jahanamkan Negara Dan Racuni Fikiran Rakyat...Patut Dipecat
26 Jun 2015, Kuala Lumpur : Kemelut yang berlaku dalam 1MDB jelas dicetuskan
oleh pihak yang berkepentingan peribadi. Namun perkembangan terkini
berkenaan penangkapan Xavier yang merupakan bekas eksekutif PetroSaudi
sedikit sebanyak menjernihkan konflik dalam 1MDB.
Rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan kenyataan Mahathir yang jelas
cuba memutarkan fakta lagi dengan memberi sokongan kepada Tony Pua yang
terkenal dengan fitnah terhadap kerajaan dan orang Melayu. Kini Mahathir
dilihat sebagai ikon kepada Tony Pua dan Rafizi pula.
Apakah Tun Mahathir sudah sesat atau pengikut-pengikut beliau yang telah
sesat? Belum pernah dalam sejarah politik tanahair apabila seorang yang
dianggap sebagai ikon parti UMNO giat pertahankan seorang ahli politik
Cina dari parti DAP iaitu Tony Pua yang selalu memperlekehkan Melayu dan
Islam. Apakah ahli2 UMNO yang waras masih mahu anggap Tun M sebagai
ikon UMNO atau pembelot UMNO?
Memetik kenyataan The Malaysian Insider, Muhammad Shafee Abdullah telah
berkata,” Tony Pua sebagai ahli PAC telah mengeluarkan banyak
kenyataan”.
“Oleh itu, saya mencadangkan Tony Pua menarik diri daripada PAC demi
mengembalikan keyakinan rakyat agar siasatan dapat dilakukan dengan adil
dan telus”
“ Ahli PAC termasuk Tony Pua sepatutnya seperti hakim dalam kes ini, dan
tidak sepatutnya membuat tuduhan dan kenyataan. Oleh itu lebih baik
mereka menjadi saksi sekiranya mereka mahu membuat kenyataan seperti
tersebut”
Aneh apabila Mahathir telah mempertahankan bahawa Tony Pua sebagai ahli
PAC berhak untuk mengkritik 1MDB. Beliau juga turut mengecam mereka yang
mengkritik Tony Pua berat sebelah kononnya perlu sedar bahawa jika
berdasarkan kepada parti, panel PAC mempunyai lebih ramai Ahli Parlimen
UMNO pula.
Menurut Mahathir, bukan hanya Tony Pua yang berat sebelah, malahan
keseluruhan ahli PAC adalah berat sebelah dan tidak mampu memberikan
jawapan.
Ini merupakan kenyataan yang cukup tidak beretika dari Mahathir. Beliau
sewenang-wenangnya cuba memutar-belitkan fakta. Hakikatnya , ahli PAC
yang lain tidak mengeluarkan kenyataan mengkritik dan memfitnah 1MDB
secara membabi-buta seperti Tony Pua dan Rafizi.
Mereka masih tahu menjaga adab dan etika sebagai ahli PAC yang sedang menjalankan siasatan terhadap 1MDB.
Sikap Mahathir yang berterusan kurang ajar dan sinis makin membuatkan
rakyat meluat. Dengan angkuhnya Mahathir mencadangkan agar tutup sahaja
PAC sekiranya keseluruhan ahli PAC tidak ditukar.
Sejak kebelakangan ini Mahathir dilihat terlampau kerap mengajukan
soalan-soalan “bodoh” yang telah dijawab berulangkali oleh mereka yang
terlibat. Sebenarnya kita amat maklum bahawa Mahathir tidak pernah
berminat terhadap sebarang penjelasan samada daripada pihak kerajaan,
juruaudit ataupun PAC sekalipun.
Mahathir hanya sekadar mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib dan mengangkat
anak beliau Mukhriz yang langsung tidak berwibawa sebagai Perdana
Menteri.
Berbalik kita kepada Tony Pua dan Rafizi yang kerap mengkritik 1MDB,
sekiranya seorang hakim telah membuat kenyataan di luar mahkamah
berkenaan kes sivil maka “presiding” kes tersebut tamat dan pihak yang
mendakwa dan didakwa boleh memohon untuk mendapatkan hakim yang lain.
Begitu juga dalam kes-kes jenayah.
Ianya berdasarkan kepada konsep “Not only must justice be done; it must
also be seen to be done,” Lord Chief Justice Hewart said in 1923.
Seorang hakim perlu adil. Hakim yang mengeluarkan kenyataan samada
memihak atau menentang kes sebelum perbicaraan tamat dan sebelum segala
bukti diperolehi akan dianggap berat sebelah dan tidak lagi layak untuk
meneruskan kes tersebut.
Konsep dan standard yang sama digunakan dalam mana-mana “inquiry” seperti PAC yang sedang menyiasat isu 1MDB.
Tony Pua dengan jelas membuat banyak kenyataan yang cenderung kepada
adanya salahlaku dalam 1MDB secara terbuka maupun tertutup. Tambahan
pula Tony Pua tidak bertindak secara profesional dan gagal mengasingkan
tanggungjawab beliau sebagai ahli PAC dan ahli DAP apabila beliau hanya
fokus kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional semata-mata.
Tony Pua juga gagal membuktikan beliau berkecuali dan adil dalam isu
1MDB setelah mengumumkan bahawa 1MDB bersalah atas semua tuduhan. Beliau
dilihat hanya berminat untuk membuktikan bahawa segala tuduhan beliau
adalah betul. Pua seolah-olah langsung tidak mempedulikan dalam soal
mencari kebenaran dan bukti.
Oleh itu Tony Pua digesa agar menarik diri daripada PAC. Beliau telah
mencemarkan mahkamah dan boleh dipenjarakan. Begitu juga dengan Rafizi
yang telah beberapa kali membuat tuduhan terhadap 1MDB.
Dengan adanya Tony Pua dan Rafizi dalam PAC, ianya telah menjejaskan dan
mencemarkan apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh mereka. Dengan
kata lain 1MDB tidak diberi peluang yang adil untuk mempertahankan diri
memandangkan keputusan telah dibuat sebelum perbicaraan.
Dipetik daripada sumber : PemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment