Sunday, June 28, 2015
Video Mat Sabu Dakwa PAS Sekarang Sangat Berbahaya Kerana Ada Elemen Terrorist ISIS
Mat Sabu menyatakan dalam interiew dengan TMI bahawa Hj Hadi SANGAT
BERBAHAYA kepada negara kita. Kali ini, Mat Sabu membuat dakwaan yang
lebih serius, iaitu PAS kini ada elemen Terrorist ISIS!!!
Mohamad Sabu membuat satu tuduhan serius terhadap partinya sendiri, PAS,
bahawa parti itu kini sudah diresapi elemen bahaya dari Timur Tengah,
ISIS.
Walau bagaimanapun, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa
penerapan elemen itu dalam PAS masih di peringkat awal dan mula dikesan
sejak pemilihan parti baru-baru ini.
Mat Sabu yang tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS mendakwa
budaya label-melabel sesama ahli adalah unsur-unsur awal penerapan
elemen ISIS.
“Di Syria, Iraq, Afganistan, Pakistan, Libya. Semua tempat. Kalau kita
tak bendung, kemungkinan penerapan konsep ISIS sedang masuk ke negara
kita.
“Label ini telah bermula. Ini liberal. Ini munafik. Ini jebon. Orang ini boleh dibunuh.
“Kalau unsur ini masuk..kita juga akan bertarung dalam pertarungan yang sedang berlaku di Timur Tengah.
“Unsur ini, kalau kita tak bendung, dia masuk ke dalam rakyat Malaysia dan sedang masuk.
“Kita di peringkat awal, kalau kita cepat sedar, kita boleh patahkan
kemaraan itu,”kata Mat Sabu ketika berucap dalam forum anjuran Otai
Reformis pada 14 Jun lalu.
Turut dikaitkan dengan elemen itu adalah konsep sokongan parti terhadap masyarakat bukan Islam.
“Ada konsep sekarang, orang bukan Islam, buat baik macam mana pun tak
boleh terima kerana dia bukan Islam, akhir masuk neraka. Orang Islam
yang jahat macam mana pun, kita kena sokong kerana akhirnya masuk
syurga.
“Kita kalah pilihanraya pun tak apa, asal dapat keredhaan Allah.
Seolah-olah redha tak redha, dia yang beri markah. Ini konsep-konsep
baru yang (sedang) masuk (dalam PAS),”katanya.
Dipetik daripada sumber : PemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment