Friday, June 26, 2015
Hentian Puduraya Perlu Perkenal Sistem e-Tiket
25 Jun 2015, Kuala Lumpur : Selepas 39 tahun beroperasi, Hentian Puduraya
dinaiktaraf pada 2011 dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan
berkualiti kepada rakyat.
Namun, selepas empat tahun dinaiktaraf dengan nama Pudu Central, kaedah penjualan tiket masih tidak berubah.
Ini kerana ada segelintir syarikat bas ekspres yang tidak mempunyai
kuanter jualan dan ini secara tidak langsung mengalakkan gejala penjual
tiket bas haram atau sering digelar sebagai 'ulat tike'.
Dari luaran bangunan ini kelihatan cukup megah setelah dinaiktaraf.
Selain namanya diubah ia juga menjadi lokasi menempatkan kemudahan
pelbagai guna untuk orang ramai iaitu Pusat Transformasi Bandar atau
UTC.
Namun tinjauan di dalamnya, pengusaha bas ekspres dilihat masih menggunakan sistem manual untuk menjual tiket.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid
Albar dalam reaksinya berkata bagi memudahkan pengguna, pengusaha bas
ekspres digesa menggunakan sistem penjualan tiket secara elektronik dan
bersepadu seperti di Terminal Bersepadu Selatan, (TBS).
"Pengusaha perlu memberikan perkhidmatan yang cepat, efisyen, dan senang
untuk penumpang,” kata Syed Hamid kepada pemberita pada Rabu.
Kebanyakan pemilik bas ekspres yang membuka kaunter tiket di Pudu Sentral merupakan pengusaha syarikat bas kecil-kecilan.
Jelas Syed Hamid, dalam usaha mengubah kaedah perkhidmatan lebih baik,
pemilik bangunan itu sendiri perlu memperkenalkan sistem elektronik.
“Saya harap UDA dapat buat apa yang dibuat TBS supaya guna sistem
elektronik jadi semua orang akan selamat dan tidak ada 'ulat',” jelas
beliau.
Ia juga dapat membantu kerja-kerja penguatkuasaan dengan lebih berkesan.
Transformasi Hentian Puduraya:
2 Disember 1976
Perdana Menteri Tun Hussein Onn merasmikan Hentian Puduraya.
26 April 2009
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Hentian Puduraya dibaikpulih.
Mac 2010
Hentiraya Puduraya ditutup untuk proses membaikpulih.
27 Ogos 2011
Najib Razak merasmikan Hentikan Puduraya yang dinaiktaraf dan ditukar nama ke Pudu Sentral
23 Sept 2012
Pudu Sentral atau lebih dikenali sebagai UTC Kuala Lumpur menempatkan pusat sehenti agensi-agensi kerajaan-agensi kerajaan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment