Friday, June 26, 2015
Xavier Justo Jual Data 1MDB Demi Tampung Hidup Mewah
25 Jun 2015, Kuala Lumpur : Warganegara Switzerland, Xavier Justo yang ditahan
Isnin lalu kerana disyaki membocorkan maklumat 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) difahamkan pernah mencuri banyak data sebelum dijual bagi
menampung gaya hidup mewahnya di Thailand.
Menurut laporan akhbar tempatan, data itu dicuri dan dijual kepada pembida tertinggi bagi membolehkan Justo hidup senang-lenang.
Sumber yang dipetik berkata, paparan di laman sosial milik Justo
menunjukkan dia memiliki vila dengan lapan bilik tidur di pulau tropika,
Koh Samui, bersama isteri baharu.
Laporan itu juga menyebut, setelah perkhidmatan Justo ditamatkan pada
2011, dia kembali ke Thailand dan cuba membuka syarikat perunding,
Justo-Consulting.
Bagaimanapun, tiada bukti ditemui berhubung syarikat itu. Malah laman webnya masih berstatus 'dalam pembikinan'.
Menurut laporan itu lagi, selepas gagal dalam bidang perunding, Justo
kemudiannya memulakan perniagaan kedua iaitu salun menggelapkan kulit
secara kecil-kecilan diberi nama 'Always The Sun' yang beralamat di 9/12
Moo 5, Ban Bang Mahkam, 84140 Angthong, Koh Samui.
Namun usaha kali kedua Justo juga menemui kegagalan dan disebabkan desakan kewangan, Justo memilih jenayah sebagai jalan pintas.
Dilaporkan, Justo yang lahir di Switzerland, membesar dalam keluarga
sederhana. Ibu bapanya berasal dari Sepanyol dan Justo tidak pernah
memasuki universiti.
Dia hanya pernah bekerja di tiga bank dalam tempoh 12 tahun dengan menyandang pelbagai jawatan.
Menurut laporan itu lagi, sukar dipastikan bagaimana Justo bertemu tokoh
terpengaruh dari Arab Saudi, tetapi apa yang dilakukan Justo berjaya
menambat keyakinan mereka dan menawarkannya jawatan sebagai pentadbir
kanan di Geneva.
Menurut sumber, Justo berubah selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya
- kaki botol, mencacah tubuh dan masalah disiplin yang menjengkelkan
majikan.
Dilaporkan, selepas hilang kerja, dia meneruskan kehidupan bebas di Thailand tanpa kerja tetap atau sumber kewangan yang stabil.
Difahamkan, itulah detik permulaan Justo mendapat kembali peluang
membina kerjaya sebagai eksekutif pentadbiran bagi syarikat minyak Arab
Saudi, PetroSaudi International.
Antara tugasnya ialah bertanggungjawab mengendalikan bahagian teknologi
maklumat (IT), amanah yang kemudian dikhianati, mengikut pertuduhan
polis Thailand.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment