Perkembangan
ini berlaku selepas pendedahan awal bahawa selama ini segala tuduhan
terhadap 1MDB dibuat menggunakan dokumen yang dipalsukan salah seorang
pekerja PetroSaudi International Ltd Xavier Justo yang bertujuan memeras
ugut bekas majikannya.Thursday, June 25, 2015
Hero-Hero Pembangkang Sentap Selepas Xavier Justo Ditangkap
Sejak dua hari lepas pembangkang yang galak dok main isu kononnya
berlaku penyelewengan dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sentap dan
tak galak berbunyi macam selalu.
Dua hero pembangkang yang selalu buat bising mengenai 1MDB Rafizi Ramli
dan Tony Pua nampak gayanya sudah pusing cerita baru berkaitan pelaburan
Mara di luar negara yang bikin heboh itu.
Perkembangan
ini berlaku selepas pendedahan awal bahawa selama ini segala tuduhan
terhadap 1MDB dibuat menggunakan dokumen yang dipalsukan salah seorang
pekerja PetroSaudi International Ltd Xavier Justo yang bertujuan memeras
ugut bekas majikannya.
Selepas siasatan rapi selama tiga bulan Xavier Justo di sebuah pulau peranginan di Thailand.
1MDB dalam satu kenyataan menegaskan, sebahagian e-mel dan dokumen yang
bocor seperti disiarkan dalam sebuah blog, Sarawak Report sebelum ini
didapati telah dipinda.
Menurut syarikat pelaburan milik negara itu akibat daripada perbuatan tersebut pelbagai tuduhan telah dilemparkan terhadap 1MDB.
Kata 1MDB, pihaknya mengambil maklum mengenai siasatan itu selepas
merujuk beberapa laporan akhbar tentang penahanan seorang bekas
kakitangan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), di atas percubaan
memeras ugut maklumat e-mel milik syarikat minyak dan gas tersebut.
“Kami yakin pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan menyiasat kes
tersebut dengan teliti termasuk menentukan fakta-fakta dan mengambil
tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.
“Seperti sebelum ini, 1MDB sentiasa memberi kerjasama penuh kepada pihak
berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini,” kata kenyataan
itu.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan polis Thailand bagi membantu siasatan kes penahanan tersebut.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai menyambut
baik penahanan warga Switzerland itu, pihaknya sedia membantu
mengekstradisi beberapa suspek yang berkaitan bagi memudahkan pihak
berkuasa Thailand menjalankan siasatan.
Beliau berkata pihaknya turut dimaklumkan Justo merupakan individu yang
bertanggungjawab menyalurkan maklumat tidak tepat kepada blog Sarawak
Report sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap
1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sudah mengambil beberapa langkah
termasuk melihat dari aspek data forensik yang dimuat turun dan
digunakan bekas pegawai itu yang mungkin berniat jahat atau dalang
disebaliknya yang menyalurkan maklumat tidak tepat kepada laman blog
Sarawak Report mengenai transaksi perniagaan antara 1MDB dan PetroSaudi.
"Sarawak Report kemudiannya menjadi sumber maklumat rintis yang palsu di
mana akhirnya dilaporkan semula media lain secara terbuka," katanya
dalam sidang media pada majlis penerapan nilai-nilai murni bersama
menteri Rabu.
Ahmad Zahid berkata pihaknya turut difahamkan berdasarkan siasatan
forensik, sebahagian daripada e-mel dan dokumen yang disiarkan dalam
blog itu sudah ditokok-tambah selepas dicuri dari pangkalan data
PetroSaudi.
PetroSaudi, syarikat antarabangsa industri minyak dan gas yang
berpangkalan di Arab Saudi itu, mendapat perhatian di Malaysia berikutan
kerjasama yang pernah dijalankan dengan 1MDB.
Ahmad Zahid berkata pihaknya turut difahamkan set data yang dicuri itu
tidak lengkap, malah sudah menjalani proses penyuntingan secara
profesional selepas dikeluarkan dari sistem PetroSaudi dengan niat jahat
untuk menyerang dan merosakkan imej individu tertentu.
Sebelum ini Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpunmuang berkata,
pihaknya turut menggeledah kediaman Xavier Justo dan merampas sebuah
komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam
jenayah itu.
Katanya, Xavier Justo merupakan eksekutif di PetroSaudi, sebelum melarikan diri ke Thailand.
“PetroSaudi telah membayar Xavier Justo sebanyak AS$4.14 juta (RM15.49
juta) selepas mendapati beliau melanggar peraturan dan syarat syarikat
minyak itu.
“Dua tahun selepas dipecat daripada PetroSaudi, Xavier Justo dikatakan
cuba memeras ugut syarikat yang berpangkalan di Arab Saudi itu sebanyak
AS$2.66 juta (RM10 juta) dengan mengancam akan mendedahkan maklumat
sulit perniagaan yang didakwa dicurinya daripada syarikat itu sekiranya
permintaan tersebut tidak dipenuhi,” katanya.
Berikutan daripada cubaan peras ugut itu, beberapa e-mel dan dokumen
telah disiarkan oleh Sarawak Report hingga mencetuskan pelbagai tuduhan
terhadap 1MDB.
PetroSaudi menjadi terkenal di negara ini berikutan kerjasama yang
pernah dijalin dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment