Thursday, June 25, 2015
Drama DAP Sudah Tamat...Kuat Wayang DAPIG Ni
Akhbar Sin Chew Daily bertarikh 23 Jun 2015 menyiarkan artikel yang
mengulas pengisytiharan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini
bahawa pakatan pembangkang yang terdiri daripada parti itu, PKR dan PAS
tidak lagi wujud.
Pengisytiharan itu dibuat ekoran keputusan Muktamar Pas Ke-61 di Kuala
Selangor awal bulan ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Artikel bertajuk ‘DAP seperti mayat bergerak’ yang ditulis oleh Lim Fang disiarkan dalam ruangan Pendapat Yan Lun halaman 23.
Apabila DAP menuduh PAS telah membunuh pakatan pembangkang, parti
berorientasikan Islam itu telah membalasnya secara terbuka dengan
menyatakan yang mereka bunuh ialah parti yang menggunakan simbol roket
dan bukan pakatan keseluruhannya.
Pada dasarnya, pakatan pembangkang masih belum lagi musnah. Jika pakatan
itu diumpamakan seperti beca roda tiga, walaupun satu tayar DAP telah
bocor, dua lagi tayar Pas dan PKR masih lagi boleh bergerak dan
berfungsi.
Walaupun Guan Eng mendakwa pakatan itu sudah tidak wujud, dakwaan
berkenaan hanyalah satu khayalan yang dikeluarkan oleh parti yang tidak
mempunyai keyakinan diri. Jika DAP masih bersungguh-sungguh mahu keluar
pakatan dan bergerak bersendirian, sudah pasti akhirnya parti itu akan
tewas.
Sungguhpun kedua-dua parti telah lama bekerjasama termasuk pada 1999
dengan menyertai Barisan Alternatif, DAP masih tidak dapat mempengaruhi
PAS supaya menggugurkan dasarnya termasuk untuk melaksanakan hukum
hudud.
Pada dua tahun lepas apabila DAP mahu menarik sokongan pengundi Cina,
mereka bersungguh-sungguh menyolek fahaman teokratik PAS dengan beberapa
slogan baharu termasuk negara berkebajikan dan PAS untuk semua.
Slogan yang begitu licik telah memukau masyarakat Cina yang selama ini
amat berhati-hati, sehingga menyebabkan mereka beralih menyokong PAS.
Hanya selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan enakmen
hukum hudud, barulah terungkai wajah sebenar PAS.
Perkembangan terbaharu ini membuktikan bahawa DAP, PKR dan PAS bukannya
bergabung dalam satu pakatan yang tulen. Ramai orang menganggap
perpecahan antara DAP dan PAS kali ini berpunca kerana mereka sebenarnya
tidak pernah menjadi satu keluarga yang tinggal serumah.
PAS berani untuk melaksanakan hukum hudud kerana semua parti dalam
pakatan itu telah menandatangani perjanjian untuk saling hormat
menghormati perjuangan parti lain. Dengan memeterai perjanjian itu,
bermakna DAP telah bersetuju dengan hukum hudud.
Dari segi undang-undang, PAS tidak membelakangi DAP. Sebaliknya DAP yang
telah menggadaikan nasib masyarakat Cina apabila menandatangani
perjanjian berkenaan.
Sebab lain DAP sekarang begitu bersungguh-sungguh membantah hukum hudud
kerana mahu menarik sokongan pengundi Cina pada Pilihan Raya Negeri
Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Dengan perkembangan terkini yang menyaksikan DAP menganggap pakatan
tidak lagi wujud, semua pihak sudah tentu mahu melihat adakah wakil
rakyat parti itu akan meneruskan tugas masing-masing dalam kerajaan
negeri Selangor setelah wakil PAS diminta meletak jawatan di Pulau
Pinang?
Sebenarnya tiada apa-apa yang boleh dilakukan oleh DAP di Selangor
kerana ia diterajui oleh PKR dengan sokongan PAS. Kehadiran wakil rakyat
DAP dalam pentadbiran negeri hanyalah seperti mayat bergerak.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment