Thursday, June 11, 2015
Jabatan Bomba Akan Melatih Malim Gunung Untuk Kerja Awalan SAR
9 Jun 2015, Kuala Lumpur : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
bakal memperkenalkan cara persediaan menghadapi bencana gempa bumi dan
cara-cara untuk menyelamatkan diri semasa dan selepas gempa bumi
berlaku, dalam pendidikan awam mereka.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk
Abdul Rahman Dahlan berkata JBPM akan memberi latihan menyelamat kepada
semua malim gunung yang beroperasi di Gunung Kinabalu kerana mereka
adalah responden awal kepada bencana gempa bumi.
“JBPM juga akan membekalkan mereka dengan peralatan yang sesuai untuk kerja-kerja menyelamat.
“Pada masa yang sama, JBPM akan meletakkan peralatan menyelamat yang
sesuai di atas gunung iaitu di Laban Rata dan di pejabat Taman Sabah di
kaki gunung.
“Dengan cara ini malim-malim gunung yang mempunyai banyak pengalaman
dalam topografi gunung boleh membantu kerja awalan mencari dan
menyelamat bila ada bencana berlaku,” katanya.
Semalam Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk
Seri Masidi Manjun memberitahu pemberita bahawa 16 mayat telah ditemui
sementara dua orang lagi diklasifikasi sebagai hilang.
Yang maut termasuk enam warga Malaysia, tujuh warga Singapura dan masing-masing seorang warga Filipina, China dan Jepun.
Kejadian berlaku ekoran gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter
yang turut melanda gunung tertinggi di Asia Tenggara itu pada pagi
Jumaat lalu.
Dipetik daripada sumber : Awani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment