Thursday, June 11, 2015

Najib Umum Peruntukan RM10 Juta Untuk Sabah

9 Jun 2015, Kota Kinabalu : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM10 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi kerja-kerja pembersihan dan baik pulih kemudahan di Gunung Kinabalu yang musnah dalam kejadian gempa bumi.

Menurut beliau, peruntukan itu bagi memastikan aktiviti pendakian dapat disambung semula selain jaminan keselamatan untuk pendaki.
1504526_930602033668374_5527237826641671949_n
Najib mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan kepada waris dan mangsa-mangsa malim gunung yang terkorban dalam gempa bumi Jumaat lalu di sini.
11426365_930602200335024_7925100214532739418_n
Dalam majlis sama, Kerajaan Negeri Sarawak turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah susulan bencana itu.

Najib turut mengesyorkan beberapa perkara termasuk membekalkan kemudahan walkie-talkie kepada malim gunung sepanjang pendakian bagi memudahkan komunikasi jika berlaku kecemasan.

Syor lain ialah meluaskan kawasan mendarat bagi helikopter di Gunung Kinabalu untuk memudahkan sebarang bentuk operasi.

Dipetik daripada sumber : Utusan

11392921_930601973668380_3685127423198335059_n
11402969_930644116997499_7370988885157266407_n
1452474_930644150330829_4840872785007307059_n
1504526_930602033668374_5527237826641671949_n

No comments:

Post a Comment