Thursday, June 25, 2015
Ketahuilah Siapa Dia Ni .......Tumbukan Silat Sebenarnya Yang Tumpaskan Bruce Lee
Ramai generasi muda sekarang seakan lupa sebenarnya seni Silat Melayu
lebih dihormati dan mempunyai kuasa yang lebih hebat berbanding seni
kung fu. Penulis sendiri telah bertemu dengan salah seorang mahaguru
silat gayung untuk mendengar sendiri kisah pertarungan antara Bruce Lee
dengan Dato Meor Rahman.
Semuanya bermula pada 1970, bila Dato Meor mengadakan persembahan silat
selama dua minggu di Osaka Jepun. Semasa di Osaka inilah Seni Silat
Gayong dan Dato Meor Rahman mendapat liputan media yang sewajarnya dan
mula dikenali ramai. Bermulalah cabar mencabar bertitik tolak daripada
Osaka Jepun.
Pada tahun 1972, anak murid Bruce Lee datang untuk cabar Dato Meor di
Taiping. Selepas itu Bruce Lee bertemu sendiri dengan Dato Meor di Hong
Kong pada tahun 1973.Bruce Lee yang terkenal menerusi filemnya The Way
Of Dragon telah menumpaskan Chuck Norris dalam filem tersebut.
Ketangkasan kung fu Bruce Lee dengan gaya Wing Chun sekarang ini sudah
boleh dilihat menerusi gaya kung fu dalam filem IP Man.
Ketika zaman gemilang beliau, Bruce Lee giat mencabar mana mana guru
seni mempertahankan diri untuk menguji kehandalan beliau. Antara yang
dicabar adalah mahaguru silat gayong Malaysia, Dato Meor Abd. Rahman.
Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara
untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau
ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.
Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah
singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu
penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung
Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do (JKD). Bruce Lee telah mendapat tahu
bahawa Mahaguru Seni Silat Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di
Hong Kong.
Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce
Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.
Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik
orang Melayu yang dinamakan silat itu.
Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam
pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, tetapi
jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do
ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.
Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul Rahman
akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk
mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor
Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam
bilik tetamu di lapangan terbang tersebut.
Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee
pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah
beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada
pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan
tangan (Kipas Senandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.
Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah
menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana
belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan
bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan
disapu ke kawasan sakit tersebut.
Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman
tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan
Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.
Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu
Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni
beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.
Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul
Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’
Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato’ Meor Abdul
Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung
Fu tersebut.
Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu
dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim. Kesemua enam
pengikut Bruce Lee itu tumpas di tangan Cikgu Ahmad Lazim.
Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman
telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba
beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga.
Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor
Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong
Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce
Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce
Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.
Pada tahun 1973, Bruce Lee meninggal dunia pada 20 Julai 1973. Menurut
Dr Langford yang merawat Bruce Lee, beliau berkata tiada siapa yang
membunuh Bruce Lee, Bruce Lee yang membunuh dirinya sendiri dengan
mengambil dadah secara berlebihan.
bruce lee 1aGambar (Bruce Lee & Dan Inosanto dalam Filem ”Game Of The Death”)
Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai
satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel
Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata
pelajaran Jeet Kune Do nya.)
Cerita pertarungan itu telah tersebar secara meluas dikalangan pengamal
bela diri antarabangsa, tetapi menjadi sudah sekian lama rahsia itu
tersimpan rapi disebabkan faktor yang tertentu.
Rentetan dari kisah yang tersebar itu wartawan majalah Black Belt telah
mengeluarkan lagi sekali artikel berkenaan Silat Seni Gayong dan Dato
Meor Rahman pada tahun 1974. Di kalangan masyarakat awam pula, terdengar
juga desas desus pertarungan Bruce Lee ini sebenarnya adalah dengan
Dicky Zulkarnain seorang aktor Indonesia yang terkenal dalam cerita
persilatan Si Pitung yang dihasilkan pada tahun 1970.
Namun begitu Dicky Zulkarnain sendiri pernah menafikannya pada tahun
1987 di Kejuaraan Silat Sedunia di Kuala Lumpur dan mendakwa orang yang
menewaskan Bruce Lee ialah seorang mahaguru yang berada di sini (di
dalam stadium tersebut).
Terdapat juga kisah lain dimana Bruce Lee pernah ditewaskan oleh pakar
shaolin, kung fu dan mereka yang tidak berpuas hati dengan beliau.
Walaubagaimanapun, apa sahaja cerita sebenar yang berlaku hanya
diketahui oleh rakan rakan Bruce Lee yang berada bersamanya ketika
kejadian tersebut.
Diakui sendiri oleh salah seorang mahaguru seni silat gayung masih ada
bahawa tumbukan Kipas Senandung itu memang amat berbisa dan punyai
kekuatannya sendiri. Pesilat yang menjaga agama, akhlak dan belajar ilmu
dengan tujuan yang benar memang akan mewarisi seni silat yang hebat dan
luar biasa. Semua itu adalah anugerah daripada Allah SWT yang hanya
diberikan sedikit kepada hambanya yang berjuang ikhlas untuk menjaga
agama dan bangsa.
Difahamkan, anak murid Dato Meor yang mewarisi tumbukan Kipas Senandung
(yang tumpaskan Bruce Lee) ini masih ada namun berada dalam keadaan
pasif dan tidak menonjol di kalangan masyarakat. Ilmu yang ada hanya
digunakan untuk tujuan tertentu ketika waktu terdesak sahaja bagi
menjaga agama, bangsa dan tanahair.
Oleh itu, generasi muda Melayu sekarang perlulah aktif mempelajari ilmu
persilatan ini bagi menjaga maruah bangsa dan agama. Usah terlalu agung
wira wira dalam filem luar, seni silat Melayu juga sudah terbukti lebih
hebat dan handal. Tuntutlah ilmu.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment