Thursday, June 25, 2015

Hadi Backing Kuat Azmin Untuk Berdepan DAP... Kedua PKR dan DAP Memang Tak Boleh Pakai

Dalam menghadapi suasana politik yang tidak menentu sekarang,Azmin Ali tentu boleh menarik nafas lega seketika.Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dengan tegas beri backing penuh padanya.

Menerusi satu kenyataan di laman web Harakahdaily Rabu,beliau kata PAS Pusat sudah memberikan arahan kepada Pesuruhjaya Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad supaya mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri PAS untuk terus menyokong kepimpinan Azmin.

Presiden PAS itu berkata, arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan mereka meneruskan khidmat kepada rakyat dan seterusnya mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini.

Menurut Hadi beliau menyedari kerjasama yang dibina dalam Pakatan waktu ini berada pada tahap paling mencabar dan berdepan dengan perbezaan prinsip dan memerlukan penyelesaian adil bagi memenuhi aspirasi seluruh rakyat yang mahukan perubahan.


Suasana politik tidak menentu timbul kerana DAP tetap bertegas Pakatan sudah mati kerana usul Dewan Ulama pada Muktamar PAS memutuskan hubungan dengan DAP tetapi kakal dalam Pakatan.

PAS dan DAP kini dalam senario saling halau menghalau satu sama lain keluar dari Pakatan.

Kenyataan Hadi itu tentu memberi kesan kepada pertemuan yang bakal diadakan antara DAP Selangor dengan Azmin mengenai isu politik Selangor terkini.

Ia ibarat suntikan ubat kuat kepada Menteri Besar Selangor itu yang mungkin goyang jika DAP terus buat perangai.

Ada laporan yang tersebar mengatakan DAP mahu Azmin 'kaji semula' komposisi Exco PAS dalam kerajaan negeri.

PAS kini ada tiga orang Exco berbanding dulu empat orang semasa pentabiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tandatanya kini apakah DAP boleh berlembut dan berkerjasama semula dengan PAS seperti dulu bagi meleraikan suasana yang tegang sekarang.

Situasainya memang agak janggal memikirkan bagaimana Exco PAS dan Exco DAP dapat bersemuka dalam mesyuarat dalam keadaan mereka ' berlaga angin'.

PAS kini ada 15 ADUN dan PKR pula 13 manakala DAP 15. 

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment