Thursday, June 25, 2015
Punah Harapan DAP Hendak Singkirkan PAS di Selangor
Hasrat DAP hendak menyingkirkan PAS dari kerajaan Selangor punah dengan dua kenyataan pada pada selasa dan Rabu.
Kenyataan pertama dari Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali bahawa
Sultan menitahkan kepada beliau agar kestabilan politik di Selangor
dikekalkan dan kedua kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
supaya semua ADUN PAS di Selangor menyokong terus memegang jawatan
masing-masing dan menyokong Azmin.
Ini satu indikasi bahawa hasrat DAP hendak menyingkirkan PAS dari
kerajaan Selangor gagal dan Azmin boleh bertahan kalaupun DAP menarik
balik sokongan terhadapnya.
Manakala PAS Selangor pada Rabu menyatakan sokongan penuh kepada Azmin
Ali sebagai MB Selangor, dan komited untuk terus menjalinkan kerjasama
akrab dengan rakan parti komponen Pakatan Rakyat.
Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Iskandar Abdul Samad berkata kerajaan
negeri pimpinan Azmin harus dipertahankan bagi memastikan segala agenda
pembangunan dan kebajikan negeri dapat diteruskan.
"Hari ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan
menyatakan harapan agar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus
dipertahankan kerana ia adalah kerajaan yang dibina bersama melalui
kepercayaan rakyat.
"Sehubungan itu, ingin saya tegaskan di sini bahawa kami Exco-Exco PAS
Selangor dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor menyokong
penuh Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor," katanya dalam
kenyataan.
Iskandar yang juga Naib Presiden PAS, berkata kerjasama akrab PAS
Selangor dengan rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat akan diteruskan bagi
memastikan amanah yang diberikan rakyat, tidak dikhianati dan
tanggungjawab terhadap mereka dapat ditunaikan.
Kenyataan Iskandar itu dibuat susulan kenyataan Abdul Hadi pada Rabu
yang mengarahkan semua ADUN PAS di Selangor memberi sokongan kepada
Azmin demi mempertahankan kerajaan negeri.
"Ingin saya tegaskan bahawa kerjasama PAS dengan komponen dalam Pakatan
di Selangor adalah dalam kerangka untuk mempertahankan kerajaan yang
dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.
"Sehubungan itu juga, PAS Pusat telahpun memberi arahan kepada Iskandar
selaku Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga anggota exco untuk arahkan
seluruh ADUN PAS Selangor supaya terus bersama dengan Menteri Besar
Selangor Mohamed Azmin Ali bagi meneruskan khidmat kepada rakyat,
seterusnya mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada
waktu ini," kata Abdul Hadi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment