Thursday, June 25, 2015
The Edge Perlu Bertanggungjawab Terhadap Laporan Tak Tepat - Ahmad Zahid...Saman saja
25 Jun 2015, Petaling Jaya : Pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong telah
diberikan amaran kerana didakwa menyiarkan berita yang tidak betul.
"The Edge dan pemiliknya Tong Kooi Ong perlu bertanggungjawab kerana
menyiarkan laporan tidak tepat dan maklumat palsu. Edge perlu
mengesahkan fakta sebelum menerbitkan artikel, " kata Menteri Dalam
Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas menghadiri majlis
penerapan nilai-nilai murni bersama menteri di sini Rabu.
Katanya, laporan blog Sarawak Report telah dijadikan sumber sehingga
mencetuskan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap 1Malaysia
Development Bhd (1MDB) dan maklumat palsu ini telah kemudiannya
dilaporkan oleh The Edge dan media lain.
Ahmad Zahid mengulas mengenai kes penahanan warga Switzerland yang juga
bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd Xavier Justo yang kini
ditahan di Thailand.
Beliau berkata pihaknya dimaklumkan Justo merupakan individu yang
bertanggungjawab menyalurkan maklumat tidak tepat kepada blog Sarawak
Report sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap
1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sudah mengambil beberapa langkah
termasuk melihat dari aspek data forensik yang dimuat turun dan
digunakan bekas pegawai itu yang mungkin berniat jahat atau dalang
disebaliknya yang menyalurkan maklumat tidak tepat kepada laman blog
Sarawak Report mengenai transaksi perniagaan antara 1MDB dan PetroSaudi.
"Sarawak Report kemudiannya menjadi sumber maklumat rintis yang palsu di
mana akhirnya dilaporkan semula media lain secara terbuka," katanya.
Katanya, sebagai menyambut baik penahanan warga Switzerland itu,
pihaknya sedia membantu mengekstradisi beberapa suspek yang berkaitan
bagi memudahkan pihak berkuasa Thailand menjalankan siasatan.
Ahmad Zahid berkata pihaknya turut difahamkan berdasarkan siasatan
forensik, sebahagian daripada e-mel dan dokumen yang disiarkan dalam
blog itu sudah ditokok-tambah selepas dicuri dari pangkalan data
PetroSaudi.
PetroSaudi, syarikat antarabangsa industri minyak dan gas yang
berpangkalan di Arab Saudi itu, mendapat perhatian di Malaysia berikutan
kerjasama yang pernah dijalankan dengan 1MDB.
Ahmad Zahid berkata pihaknya turut difahamkan set data yang dicuri itu
tidak lengkap, malah sudah menjalani proses penyuntingan secara
profesional selepas dikeluarkan dari sistem PetroSaudi dengan niat jahat
untuk menyerang dan merosakkan imej individu tertentu.
Beberapa akhbar hari ini melaporkan Justo ditahan polis Thailand atas
tuduhan memeras ugut PetroSaudi, seperti yang dilaporkan media Thailand
dan syarikat itu.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment