Thursday, June 25, 2015

Ini Gara-Gara Tajuk Berita Untuk ‘Mandikan’ Perdana Menteri…

Tidak lama selepas Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa bagi sidang akhbar di ibupejabat MARA di Kuala Lumpur mengenai isu dakwaan pembelian hartanah lebih harga sebanyak lebih RM13 juta oleh MARA Inc di Melbourne pagi Rabu ,dua buah portal pro pembangkang terus buat laporan atas tajuk yang gambarkan Perdana Menteri meluluskan pembelian itu.

Ini ekoran laporan akhbar The Age di Australia harga blok apartmen yang hendak dijadikan asrama pelajar itu dibeli pada harga RM 65 juta sedangkan ia mendakwa harga pasaranhanya RM52 juta .Wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah.

Sebaliknya kebanyakan media lebih tumpu laporan kepada soal kenyataan Pengerusi MARA itu mengenai MARA Inc diberi tempoh 7 hari untuk kemukakan laporan bertulis jelaskan pasal dakwaan itu.

Pada sebelah petang Perdana Menteri menyuarakan rasa kecewa kenyataan Pengerusi MARA berhubung pembelian hartanah di Melbourne, Australia diputarbelitkan sesetengah media.

Malah Annuar sendiri menerusi laman facebook beliau mempersoalkan apa motif memilih tajuk ‘Najib luluskan’ .

Katanya beliau dengan dengan jelas menyatakan kelulusan itu dibuat oleh Majlis Ekonomi dan ianya adalah mengikut mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan wajib diikuti.

Najib menjelaskan keputusan mengenai pembelian hartanah itu dibuat secara konsensus oleh Majlis Ekonomi.

"Saya kecewa bahawa kenyataan Tan Sri Annuar Musa diputar-belit oleh sesetengah media. Keputusan hanya dibuat secara konsensus oleh Majlis Ekonomi.

"Walau bagaimanapun, siasatan akan dilakukan oleh pihak berkuasa," katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitter beliau.

Najib berkata sekiranya ada pihak yang didapati menipu atau cuba memperdaya ahli-ahli mesyuarat Majlis Ekonomi dengan butiran yang tidak tepat atau lengkap, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Menurut Annuar tidak berbangkit soal kelulusan oleh mana-mana individu termasuk Najib.

Para pemerhati melihat putar belit seumpama itu pada laporan berkenaan yang cuba tonjol ‘ Najib luluskan’ itu sudah tentu boleh beri gambaran cuba mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal itu.

Sedangkan semua orang tahu kerajaan mempunyai prosedur standard yang digunapakai dalam proses pembelian seperti hartanah berkenaan.

Orang yang pergi mengurus pembelian itu semestinya para pegawai di MARA Inc berunding dengan pihak pejual.

Ia kemudian perlu melalui pihak ibupejabat MARA sebelum dibawa ke peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang mana MARA dibawah portfolionya.

Selepas itu bawa dibawa ke peringkat Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Lojik akal kita dapat buat kesimpulan bahawa kalau sudah diperingkat itu Perdana Menteri serta Majlis Ekonomi tentu membuat keputusan bergantung kepada laporan menyeluruh tentang pembelian itu.

Soalnya macam mana Perdana Menteri yang terpaksa fikir hal satu negara boleh tahu samaada harga belian itu sudah di mark up seperti di dakwa kecuali beliau diberitahu lebih awal.

Annuar sendiri mengakui pihak MARA sendiri asalnya merasakan harga belian itu adalah ikut harga pasaran semasa.

Katanya persoalan tentang harga belian itu cuma timbul kemudian setelah belian dibuat pada tahun 2013.

Melihat dalam kontek menyeluruh mainan pada tajuk berita itu untuk ‘ mandikan’ Perdana Menteri rasanya semua orang boleh buat andaian tersendiri pada nawaitu yang tersirat. 

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment