Thursday, June 25, 2015

Betapa Hinanya PAS Dan PKR Di Mata Pak Samad...

EDITOR MENULIS...
25 JUN 2015

Sangat mengujakan saya apabila media melaporkan A Samad Said lebih memilih untuk menjadi "hamba" DAP berbanding memilih untuk menyertai PAS atau PKR sebagai parti yang menjadi wadah perjuangannya.

Setahu saya, Pak Samad merupakan seorang penganut agama Islam dan berbangsa Melayu, tapi lebih memilih untuk menyertai sebuah parti yang terkenal mengamalkan prinsip "chauvinis ultra kiasu"?

Ada pihak yang mengatakan bahawa keputusan Pak Samad menyertai DAP itu membuktikan parti yang dimonopoli oleh "Dinasti Lim" itu tidak bersifat "chauvinis"? Benarkah? Atau sekadar cuba menidakkan sesuatu yang benar?

Seorang ahli akademik berbangsa Cina dan penceramah bebas yang berstatus mualaf sering menyifatkan DAP sebagai "chauvinis" dan "ultra kiasu" di dalam tulisan-tulisannya sebelum ini. Justeru, apa lagi yang hendak dinafikan dengan sifat tegar DAP tersebut? Itu hakikatnya, bukan?

Berbalik pada keputusan Pak Samad menyertai DAP, soalnya, apa kurangnya PAS dan PKR? Tidak molekkah Pak Samad menyertai dua parti tersebut? Apatah lagi PAS yang kini dipimpin sepenuhnya oleh golongan ulama, kenapa tidak dipilih Pak Samad agaknya?

Apakah Pak Samad tidak mengiktiraf kepimpinan ulama? Apakah Pak Samad berpendirian adalah salah untuk berjuang dibawah kepimpinan ulama PAS? Di mana "lekeh"nya ulama-ulama PAS di mata Pak Samad? Tidak berjanggut sepertinya?

Tidak hairan jika Pak Samad tidak memilih UMNO kerana dia sememangnya jelas berpihak pada Pakatan Rakyat sebelum ini. Itu hak demokrasi Pak Samad yang patut kita hormati umumnya. Namun kenapa DAP yang dipilih?

Kenapa Pak Samad tidak memilih PKR? Di mana kurangnya PKR? Kerana tidak mahu berketuakan seorang penjenayah, kah? Atau tidak mahu berpresidenkan seorang wanita yang lemah, "boneka" dan tidak memiliki ciri kepimpinan yang baik, kah?

Pak Samad menjelaskan dia tidak mahu menjadi pemimpin DAP dan sebaliknya lebih memilih untuk menjadi "hamba" parti "chauvinis ultra kiasu" itu. Ya. Mungkin mengambil kira latar belakang Pak Samad yang berasal dan membesar di Singapura, maka dia merelakan dirinya menjadi "hamba" kepada DAP.

Rasanya, majoriti penganalisis politik di negara ini tahu tentang DAP yang merupakan bayangan kepada "abang" mereka, PAP, di negara selatan semenanjung Malaysia itu. Dan lihat sendiri apa yang berlaku pada orang Melayu di negara tersebut, kini.

Saya menjangkakan bahawa setelah lama bermastautin di Malaysia, Pak Samad mungkin sudah mengalami proses asimilasi sebagai warganegara beragama Islam dan berbangsa Melayu di negara ini. Nampaknya proses berkenaan tidak berlaku. Menyedihkan...

Apapun, saya mengucapkan tahniah pada Pak Samad kerana berjaya menunjukkan betapa "jijik"nya PAS dan PKR pada rakyat Malaysia. Jelas sekali Pak Samad lebih mengagungkan DAP sebagai wadah perjuangannya.

Begitu mudah sekali Pak Samad "tertewas" dengan anak buah mendiang Lee Kuan Yew. Harapan saya semoga tidak ada lagi masyarakat Melayu beragama Islam yang mengikut jejak langkah lelaki tua dari Singapura tersebut..

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment