Thursday, June 25, 2015
AWAS!! KDN Akan Mula Operasi Buru Media Putarbelit Isu 1MDB.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi
amaran keras kepada media yang memutar-belitkan mengenai syarikat
pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada bekas pengarah
PetroSaudi, Xavier Andre Justo yang ditangkap di Thailand semalam.
Zahid berkata, dengan penangkapan itu pihak Kementerian Dalam Negeri
(KDN) mendapati maklumat yang diperolehi Xavier adalah secara tidak
benar.
Tegas Zahid, ada media yang menggunakan maklumat daripada Xavier untuk
diuli faktanya supaya memburukkan lagi imej syarikat terbabit sekaligus
memburukkan imej perdana menteri.
"Banyak maklumat berkenaan diperoleh secara tidak benar dan faktanya
juga diuli untuk memperlihatkan seolah-seolah ada perbuatan di luar
tataetika urus niaga dan perundangan.
"Menguli berita dan fakta ini jelas daripada kajian setakat ini ada niat tersirat yang buruk dilakukan pihak berkenaan.
"Ia dimuat turun dan dianalisis akhbar mingguan perniagaan di Malaysia
dan portal berita atas talian," kata Zahid dalam satu sidang media di
Putrajaya.
Justeru itu, beliau akan mengerahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap media yang memutar-belitkan fakta 1MDB.
Zahid berkata, sebelum itu pihaknya akan melakukan satu siasatan
terlebih dahulu bagi melihat akta yang bersesuaian dikenakan kepada
media terbabit untuk didakwa dibawah akta yang bersesuaian.
"Siasatan akan dilakukan terlebih dahulu bagi melihat akta yang
bersesuaian bagi melakukan pendakwaan tetapi bagi akhbar mingguan
perniagaan tentunya kami akan mengguna Akta Penerbitan dan Percetakan
(1984)," katanya.
Beliau yang ditanya mengenai media yang memutar belit mengenai fakta itu
memberitahu media yang dimaksudkannya itu ialah akhbar mingguan
perniaagaan 'The Edge' yang memetik laporan daripada blog politik
Sarawak Report.
"KDN dimaklumkan bahawa Xavier Andrea Gusto merupakan individu yang
menyalurkan maklumat yang tidak tepat kepada blog politik Sarawak Report
sehingga mencetuskan tuduhan tida berasas terhadap 1MDB," katanya.
Dipetik daripada sumber : UtaraNews.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment