Thursday, June 25, 2015
Ahli UMNO Bakar Bendera DAP Akan Kena Tindakan.
Ahli UMNO yang membakar bendera DAP di KOMTAR P.Pinang semalam akan
dikenakan tindakan disiplin. Itulah kata Setiausaha Agung UMNO, DS
Tengku Adnan Tengku Mansor kepada media.
Walaubagaimanapun, beliau tidak tahu sama ada ada ahli UMNO yang
terbabit dengan kejadian berkenaan. Beliau turut menegaskan perbuatan
membakar bendera parti lain bukanlah sikap UMNO.
"Saya tidak tahu siapa yang buat, ada yang tuduh Umno buat.
"Kita tidak tahu tetapi kalau Umno buat kita akan ambil tindakan kepada ahli yang buat perkara ini kerana ini bukan sikap Umno.
"Orang boleh guna nama Umno. Betul atau tidak kita tidak tahu," katanya.
Tengku Adnan juga mendesak pihak Polis mengambil tindakan tegas terhadap
pihak-pihak yang cuba mewujudkan cerita buruk dan perbuatan yang
sengaja mengundang kebencian didalam negara.
Itu katanya akan menjadikan negara ini huru hara dan hilang ketenteraman
hanya disebabkan pihak yang mementingkan politik peribadi.
"Saya menasihatkan Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum, agama
dan bangsa, kita berjaya oleh kerana kita bersatu dalam kepelbagaian.
"Yang kita nampak Malaysia maju pada hari ini disebabkan kita bersatu.
Jadi jangan ada puak-puak tertentu yang ingin untuk melihat kesatuan
yang kita ada ini akan berpecah dan akhirnya kita akan bertelingkah
antara satu sama lain," katanya.
Sebelum ini, sekumpulan individu bertindak membakar bendera UMNO sejurus
selepas pemimpin-pemimpin UMNO P.Pinang yang diketuai oleh Setiausaha
UMNO P.Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menyerahkan memo bantahan di
pejabat MBPP.
Memorandum berkenaan bertujuan membantah tindakan MBPP dibawah kerajaan
DAP negeri yang bertindak keterlaluan merobohkan papan tanda UMNO di
Menara UMNO Jalan McAlister.
Dipetik daripada sumber : UtaraNews.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment