Thursday, June 25, 2015

DAPsy Mengamuk di Balai Polis Kerana Bendera Dibakar..


DAPSY P.Pinang sebentar tadi telah membuat satu laporan Polis berikutan kejadian bendera DAP dibakar di Tingkat Bawah KOMTAR kelmarin.

Laporan Polis tersebut dibuat di IPD Timur Laut oleh 20 orang wakil DAPSY yang hadir. Menurut laporan berkenaan, mereka meminta Polis mengambil tindakan terhadap individu-individu yang dipercayai Pemuda UMNO didalam insiden berkenaan.

Wakil DAPSY juga mengecam perbuatan membakar bendera DAP yang disifatkannya sebagai lambang maruah parti yang disanjung oleh majoriti rakyat Malaysia. Justeru itu, perbuatan individu-individu terbabit yang membakar bendera berkenaan adalah sangat biadap.

Ketika ditanya wartawan, wakil DAPSY turut menegaskan bahawa DAP tak akan tunduk kepada tekanan pihak-pihak tertentu demi menjaga keharmonian rakyat Malaysia dan P.Pinang khususnya.

Mereka juga mempertahankan tindakan Majlis Bandaraya P.Pinang (MBPP) yang didakwa melaksanakan tugas dengan cemerlang demi kesejahteraan rakyat P.Pinang.

Sebelum ini, beberapa individu bertindak membakar bendera DAP dibawah bangunan KOMTAR, sejurus selepas pemimpin-pemimpin UMNO menyerahkan memorandum bantahan kepada MBPP kerana meruntuhkan papan tanda UMNO di Jalan McAlister.

Dipetik daripada sumber : UtaraNews.com

No comments:

Post a Comment