Thursday, June 25, 2015

Mahathir Punca Orang Melayu Berpecah Dan Bergaduh..


Bekas Pemimpin PKR, Datuk Seri N Nallakarupan hari ini menyelar tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad  yang memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui media akhbar antarabangsa dengan menyifatkan ianya sebagai tindakan yang akan menghancurkan negara.

Nallakarupan yang merupakan seorang senator dalam Dewan Negara memberitahu, ketika Mahathir menjadi perdana menteri, beliau sendiri menentang timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan melalui media antarabangsa.

Tetapi, hari ini amat mengecewakan apabila, Mahathir sendiri telah menggunakan langkah yang sama untuk mendesak perdana menteri berundur demi kepentingan peribadinya.

Jelas beliau, tindakan Mahathir itu akan merosakkan imej negara dan perdana menteri yang selama ini bekerja keras menaikkan nama negara di mata dunia.

"Adakah beliau mempunyai sebarang prinsip? Beliau mencemarkan nama negara, nama perdana menteri di surat khabar New York Times.

"Sekarang ini Dr Mahathir mahu hancurkan negara, kita tengok orang Melayu bergaduh banyak parti bergaduh, Pas dan DAP bergaduh, jika Umno berpecah Melayu akan rugi," kata Nallakarupan.

Demi melihat orang Melayu untuk tidak terus bergaduh, beliau menggesa Mahathir untuk berhenti mengkritik perdana menteri apabila terbukti pentadbiran Najib lebih baik berbanding pentadbirannya.

Jelasnya, apa yang patut dilakukan Mahathir ketika ini adalah mengajak Najib untuk duduk minum kopi bersama dari terus mengkritik pentadbiran perdana menteri itu yang jelas bersih dan lancar.

"Di bulan Ramadan ini, Dr Mahathir sepatutnya ambil lah kesempatan ini berbaik ajak minum kopi di rumah," katanya.

Dipetik daripada sumber : UtaraNews.com

No comments:

Post a Comment